Home » » Indonesia Penjarakan Rakyat Malaysia Persenda Bendera Mereka

Indonesia Penjarakan Rakyat Malaysia Persenda Bendera Mereka

Written By Unknown on 07/12/2013 | 9:00 pm


Di Malaysia, bukan sekali dua berlaku penghinaan terhadap kedaulatan negara termasuk pada Jalur Gemilang tapi rasanya tak pernah dengar pula sampai kena penjara.
Mungkin dah tiba masanya, kita patut meniru negara jiran kita dalam hal ini yang nyata lebih sensitif apabila melibatkan bendera yang dianggap mewakili maruah negara.
Buktinya kelmarin, apabila Mahkamah Daerah Dumai menjatuhi hukuman penjara 15 bulan ke atas rakyat Malaysia, Broderick “Achin” Chin Teck Fui kerana menghina bendera negara berkenaan.
Achin didapati bersalah melanggar Perkara 154 Kanun Jenayah kerana menghina atau menunjukkan permusuhan atau kebencian terhadap kerajaan Indonesia.
Dia juga disabitkan bersalah melanggar Perkara 66 Undang-undang No. 24/2009 terhadap bendera negara, bahasa, lambang dan lagu kebangsaan.
Kejadian ini sebenarnya berpunca daripada niat Achin untuk bergurau dengan pekerjanya pada 16 Ogos lalu.
Ketika tarikh berkenaan kakitangan syarikatnya sibuk menyediakan bendera bagi upacara menyambut Hari Kemerdekaan Indonesia.
Achin secara berseloroh berkata kepada pekerja bawahannya, jika mereka tiada bendera yang baru dia boleh memberikan seluar dalam putihnya. Untuk warna merah pula, dia menyuruh mereka meminta seluar dalam isterinya.
Lawak ini nyata tidak lucu bagi para pekerja Achin lalu kisah penghinaannya itu tersebar dengan pantas hingga di bawa ke pengetahuan Majlis Kota Dumai dan disiarkan media tempatan.
Susulan itu, Achin ditahan lalu dihadapkan ke mahkamah dan kini terpaksa menerima akibat kelancangan mulutnya.
Achin merupakan Pengurus Operasi di PT Kreasijaya Adhikarya, sebuah syarikat pemprosesan minyak sawit Malaysia di sana. – REM RAMZI
Sumber: Jakarta Post
broderick-chin-alias-achin

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger