Home » » SYIAH !! Mat Sabu Mengaku...

SYIAH !! Mat Sabu Mengaku...

Written By Unknown on 07/12/2013 | 8:35 pm

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menafikan tuduhan kononnya beliau merupakan seorang penganut ajaran Syiah sebaliknya menegaskan beliau adalah penganut agama Islam mengikut ajaran Ahli Sunnah Wal Jama’ah.
Mohamad membuat penafian itu sebagai menjawab pendedahan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi semasa ucapan penggulungan Naib Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO hari ini.
“Saya Ahli Sunnah Wal Jama’ah, seorang Islam yang mengikut ajaran Ahli Sunnah Wal Jama’ah,” katanya ringkas ketika dihubungi Astro AWANI.
Mohamad ketika dihubungi dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk berlepas ke luar negara selepas melawat mangsa banjir di Kuantan.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri dalam ucapannya itu meminta JAKIM mengambil tindakan ke atas pemimpin nombor dua PAS yang didakwa pengikut ajaran Syiah.
Dakwaan pemimpin PAS terlibat dengan ajaran Syiah sebelum ini pernah mendapat perhatian selepas isu itu ditimbulkan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) baru-baru ini.
Namun PAS menafikan terdapat pemimpinnya terlibat dengan ajaran Syiah dan mengecam pihak-pihak yang cuba mengaitkan ajaran tersebut dengan parti tersebut.
PAS menegaskan jika terdapat pemimpin PAS mempunyai hubungan baik dengan pemimpin Iran atau gerakan Islam di Asia Barat seperti Hizbullah bukan bermakna mereka pengikut Syiah. – www.astroawani.com




Zahid ; Pemimpin No 2 PAS Adalah Syiah :SYIAH

SUKAR nak mengagak siapakah yang dimaksudkan Datuk Seri Zahid Hamidi sebagai orang nombor 2 PAS yang terlibat dengan gerakan syiah, sebab PAS bukanlah seperti UMNO yang kita semua jelas siapa orang nombor satu dan nombor dua.

Hieraki dalam UMNO begitu jelas sekali, Presiden orang nombor satu dan Timbalan Presiden orang nombor 2, tidak ada jawatan atau badan lain yang di atas dari itu.

Jadi kalau ada sesiapa buat fitnah mengaitkan orang nombor 2 UMNO (tanpa menyebutkan nama), Timbalan Presiden Tan Sri Mahyuddin boleh saman orang itu dengan mudah sebab memfitnah beliau.

Sedangkan PAS berbeza.

Ikut fahaman ramai orang, Mat Sabulah orang nombor 2 PAS sebab dia Timbalan Presiden. Tapi kalau ikut hieraki dalam perlembagaan PAS, Mat Sabu sepatutnya berada di antara kedudukan ketiga dan keempat – dibawah Mursyidul Am, Timbalan Mursyidul Am (?) dan Presiden PAS.

Timbalan Mursyidul Am tu penulis letakkan tanda soal sebab fungsi jawatan tersebut tidak nampak signifikasinya dalam organisasi PAS melainkan ambil alih jawatan Pengerusi Majlis Syura Ulama bila Mursyidul Am sakit, tenat atau meninggal dunia terus.

Dalam masa yang sama, perlembagaan PAS (Fasal 8) mengesahkan Mursyidul Am adalah jawatan tertinggi dalam parti. Sesuai dengan ketinggian kedudukan Majlis Syura Ulama PAS yang diketuainya.

Jadi takkan Timbalan kepada orang nombor satu berada dikedudukan lebih bawah dari Presiden dan Timbalan Presiden? Sebab itulah penulis letakkan tanda soal pada jawatan Timbalan Mursyidul Am.

Nak lebih complicated keadaan lagi, ada pandangan mengatakan Ahli-Ahli Majlis Syura Ulama lebih tinggi dari jawatan Timbalan Presiden PAS sebab badan itu diiktiraf perlembagaan PAS sebagai badan tertinggi parti berlambangkan bulan tersebut.

Kalau pandangan itu diterima, Mat Sabu jatuh tempat ke berapa? 18? Sebab ahli majlis syura ada 17 orang dan Mat Sabu bukanlah salah seorang darinya.

Moral cerita disini, bukan mudah Mat Sabu nak melatah, apatah lagi mengambil tindakan undang-undang ke atas Zahid atas kenyataan yang dikeluarkan beliau mendakwa orang nombor 2 PAS sebagai penganut fahaman syiah dalam ucapan penggulungan beliau di perhimpunan Agung UMNO sebentar tadi.

Zahid pun bijak tak sebut nama, menyukarkan lagi usaha Mat Sabu nak menyaman Menteri Dalam Negeri tersebut, melainkan dia boleh buktikan di Mahkamah bahawa dia memang berada di kedudukan nombor 2 dalam PAS.

Itu satu hal, satu hal yang lain, kalau betul pun orang yang dimaksudkan Zahid itu ialah Mat Sabu, sudah pasti selaku Menteri Dalam Negeri, Zahid ada first hand info dari kita semua yang lain. Maklumat itu mungkin tak cukup untuk mendakwa sesiapa di Mahkamah kerana menjadi syiah, tapi nak mempertahankan diri kalau Mat Sabu menyaman, sudah cukup kot.


foto hiase

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger