Banjir tahun ini nampaknya agak dahsyat melanda Pahang. Sampaikan sesiapa yang mempunyai anggota keluarga dan saudara mara di kawasan dilanda banjir menjadi risau mengenangkan nasib mereka di sana.
Keadaan teruk banjir tahun ini tertera di gambar yang diambil beberapa hari lalu di Sg Isap Jaya, Kuantan ini.
Orang ramai yang pada mulanya berlindung di dewan orang ramai mulai panik apabila air naik dengan pantas.
Disebabkan bantuan tak kunjung tiba, hati masing-masing kian risau hingga mereka terpaksa memanjat tangki air untuk menyelamatkan diri.
Antara saksi yang berada di tempat kejadian mendakwa:
“Saya ada sekali masa ni. Kami tak ada arah tujuan. Dengar tak ada bantuan. Masuk dalam dewan pun ramai orang dan air banjir sama tinggi dengan dewan. Jadi yang tak tahan berendam berjam-jam terpaksalah duduk di tangki air. Masa ni kami memang memerlukan bantuan tapi dimanakah bantuan ketika itu?”
Apa pun, keadaan kini semakin baik apabila bantuan sudah pun tiba. Cuma pengalaman ini pasti menjadi kenangan pahit buat mereka yang mengalaminya sampai bila-bila.
Paling penting, pihak terbabit mesti mengambil pengajaran selepas ini agar sentiasa cakna dengan keperluan rakyat setiap kali berlaku bencana yang tidak dijangka. – REM RAMZI
Sumber: Facebook KUANTAN
Post a Comment