DOHA – Arkitek wanita di sebalik pembinaan stadium Al-Wakrah, yang akan menjadi hos bagi Piala Dunia FIFA 2022, menyifatkan kritikan bahawa rekaan stadium itu seperti alat sulit wanita, adalah amat memalukan.
Sebaliknya, Zaha Hadid berkata, rekaan itu dicetuskannya selepas mendapat ilham daripada bot tradisional yang sering digunakan oleh penduduk di negara itu bagi mencari mutiara.
Zaha yang dilahirkan di Iraq dan disifatkan sebagai salah seorang daripada arkitek wanita terbaik dunia berkata, rekaan itu tidak akan mencetuskan kontroversi sekiranya ia direka oleh seorang lelaki.
“Ia sesuatu yang amat memalukan. Bagaimana mereka boleh timbulkan perkara seperti ini. Adakah semua `lubang’ adalah alat sulit wanita? Semua ini tidak masuk akal,’’ katanya.
Zaha pernah memenangi Anugerah Pritzker Architecture pada 2004.
Apabila pelan rekaan stadium yang mempunyai kapasiti 45,000 itu didedahkan, ia mendapat reaksi yang sebaliknya.
Malah beribu-ribu peminat telah menyindir rekaan berkenaan dalam twitter bahawa stadium itu seperti alat sulit wanita.
Ia direka sedemikian rupa bagi mengatasi cuaca panas di Qatar dan ia akan menyejukkan penonton yang berada di dalam stadium melalui sistem penyejukan.
Ini kerana masalah cuaca panas merupakan isu utama yang dibangkitkan selepas Qatar dipilih menjadi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2022, semasa proses bidaan pada bulan Disember 2010.
Post a Comment