Mungkin untuk menutup malu kerana satu dunia sudah tahu betapa
korup dan jahatnya DAP sehingga sanggup menipu ahli sendiri dan memanipulasi
pemilihan CEC, maka Tony Pua kini menyalak-nyalak tidak tentu hala. Akibat tidak tahu di mana
hendak diletak muka penipunya, tidak semena-mena UMNO, ROS dan Utusan Malaysia
pula menjadi sasaran Tony Pua untuk disalak.
Pemilihan CEC menjadi kecoh apabila 753 perwakilan membuat aduan
kepada ROS kerana tidak menerima notis mesyuarat sekali gus dinafikan hak
mengundi. DAP cuba
berdolak dalih, malah menipu kononnya 500 dari mereka ada menghantar surat
memberitahu tidak dapat hadir. Bagaimanapun,
DAP tidak berjaya memperdayakan sesiapa memandangkan mereka tidak mampu membuktikan
surat tersebut wujud. Lagipun,
DAP juga tidak mampu menjawab kenapa para perwakilan itu membuat aduan kepada
ROS jika benar telah memberitahu lebih awal yang mereka tidak akan hadir.
Akhirnya, DAP terpaksa akur dan membuat pemilihan semula pada 29
September lepas. Pemilihan semula ini sekali gus mengesahkan yang DAP
telah berlaku tidak telus dalam pemilihan awal.
Justeru, kita tidak faham kenapa UMNO, Utusan Malaysia atau ROS
pula yang dimarahi DAP. Sudah menjadi lumrah permainan politik di mana
musuh akan mengeksploit kelemahan dan keburukan lawan dan itulah yang dilakukan
oleh UMNO. Utusan Malaysia
hanya bertindak melaporkan kejadian, manakala ROS pula memberi arahan
berdasarkan aduan perwakilan DAP sendiri. Mana-mana manusia yang waras akan
memahami kronologi mudah ini.
Tetapi, seekor anjing seperti Tony Pua, tentunya tidak faham
apa-apa dan hanya menyalak apabila diperintah tuannya. Kita faham yang tuan
Tony, iaitu Lim sekeluarga kini sedang menahan malu atas apa yang telah
dilakukan mereka. Lebih
malu lagi apabila pemilihan semula menyaksikan undi mereka merosot, walaupun
lebih ramai perwakilan tidak hadir berbanding pemilihan awal, dan walaupun
begitu ramai calon yang menarik diri di saat akhir.
Maka, Tony ditugaskan untuk membuat bising menyalak memanggil
ROS and Utusan sebagai anjing dan UMNO sebagai tuan anjing. Kita faham kenapa Tony
membayangkan seolah-olah semua jabatan dan organisasi penguatkuasaan adalah di
bawah telunjuk kerajaan, iaitu kerana DAP sememangnya mengimpikan sistem
sedemikian.
Dari apa yang kita lihat, sekiranya DAP berkuasa sepenuhnya,
semuanya pasti berada di bawah telunjuk Lim sekeluarga dan tiada lagi kebebasan
bersuara sebenar-benarnya. Buktinya, DAP telah beberapa kali menghalang
kebebasan akhbar yang tidak sealiran dengannya.
Namun, Tony sepatutnya tahu bahawa UMNO dan kerajaan BN bukan
seperti DAP. Selama ini
kerajaan tidak pernah masuk campur dalam apa-apa urusan penguatkuasaan seperti
mahkamah, polis, SPR mahupun ROS. Buktinya,
pemimpin UMNO sendiri pernah ditangkap dan dipenjara. Malah, UMNO itu sendiri
pernah diharamkan oleh ROS.
Apakah Tony lupa sejarah itu ataupun sememangnya tidak pernah
tahu? UMNO telah terpaksa
didaftarkan semula walaupun ia merupakan parti yang memerintah. Bukankah ini merupakan bukti yang
cukup kukuh mengenai ketelusan dan tahap professional UMNO dan kerajaan?
Oleh itu, jika DAP ingin menyuruh anjing mereka menyalak,
sekurang-kurangnya biarlah kena pada tempatnya. Sudahlah keluarga Lim sedang
berhadapan dengan malu besar akibat menipu dalam pemilihan CEC dan juga akibat
undi merosot, kini terpaksa malu sekali lagi apabila anjing mereka menyalak tak
henti-henti memberitahu orang betapa bodohnya keseluruhan kepimpinan DAP
itu.
Isunya mudah saja iaitu yang mengadu adalah ahli-ahli/perwakilan
DAP, jadi jika ada ‘anjing’ yang terlibat dalam isu ini maka anjing itu
tentulah dari dalam DAP sendiri. ROS
hanya menjalankan tugas. Apakah
DAP inginkan ROS berbuat bodoh saja jika ada ahli-ahlinya yang mengadu? Apakah Utusan Malaysia perlu berbuat
bodoh juga apabila mendapat berita sensasi seperti ini?
Sampai bila DAP akan sedar bahawa bukan semua orang bodoh dan
bukan semua orang tidak telus seperti mereka?
Post a Comment