PAS yang kita ketahui, telah lama terbahagi dua iaitu antara
kumpulan Ulama dan Anwarinas.
Namun, hari ini ‘pembahagian’ ini semakin rumit kerana kumpulan
Ulama PAS sendiri juga turut terbahagi dua di mana satu kumpulan cenderung
menyokong Anwarinas, dan satu kumpulan lagi kekal membawa prinsip konservatif PAS yang asal.
Apa yang menarik ialah kumpulan Ulama yang ‘mesra’ Anwarinas itu
juga merupakan golongan Ulama yang memegang jawatan tertinggi di dalam parti,
termasuk Presiden dan Mursyidul Amnya. Timbalan
Presidennya yang terkenal dengan skandal dengan isteri orang pula turut
terkenal sebagai anjing suruhan DAP, selain pengamal ajaran Syiah
Dengan barisan kepimpinan yang sebegini rupa maka, tidak
hairanlah PAS menjadi haru biru dan bercelaru.
Sebenarnya, akar umbi PAS, dan mungkin sebahagian dari umat
Melayu di Malaysia, sedikit sebanyak tetap menaruh harapan kepada PAS sebagai
pembangkang yang berlandaskan Islam, untuk menjadi ‘pengimbang’ kepada kuasa
kerajaan.
Kewujudan PAS seharusnya mampu memastikan pentadbiran negara
tidak terkeluar dari landasan dengan membuat teguran dan bangkangan apabila ada
keperluan. Maka, kepada
Ulama-ulama peneraju parti PAS, diletakkan kepercayaan bagi melaksanakan
tanggungjawab ini, iaitu mempertahankan agama yang digariskan sebagai hala tuju
parti.
Malang sekali, Ulama-ulama PAS berpolitik bukan untuk
mempertahankan agama tetapi untuk berkuasa.
Di sinilah bermulanya kecelaruan PAS iaitu apabila Ulama sendiri
sanggup bekerjasama dengan pendokong liberalisasi dan pluralisme demi
kuasa. Malah, mereka juga
sanggup bersekongkol dengan kafir harbi komunis yang cita-cita utamanya ialah
untuk menghapuskan Islam sebagai agama rasmi negara ini serta membuka ruang
dakwah yang luas kepada Kristian.
Ulama-ulama peneraju PAS penyokong Anwarinas ini percaya bahawa
kesepakatan dengan kumpulan harbi, komunis, syiah, pluralis dan liberalis ini
akan membatu mereka berkuasa. Kesepakatan ini disandarkan kepada konsep
Tahaluf Siyasi bagi memberi gambaran ‘Islam’ agar dihalalkan oleh
ahli-ahlinya.
Dan kemenangan 4 negeri oleh pakatan ini pada PRU 2008 dijadikan
sebagai pembakar semangat untuk PAS terus mengutamakan politik daripada
agama.
Tanpa PAS sedar, ‘tahaluf siyasi’ walaupun telah menguntungkan
Pakatan Rakyat, ia telah sebenarnya merugikan PAS. Buktinya, PRU 2013 menyaksikan
bagaimana PAS mendapat undi tercorot berbanding rakan-rakan lain di dalam
pakatan.
Keputusan yang corot ini memberi kekuatan kepada sekumpulan
Ulama di dalam PAS untuk bangkit mempersoalkan hala tuju parti. Ketua Dewan Ulama, Datuk Harun Taib
antara yang pertama bersuara mendesak agar tahaluf siyasi dikaji semula. Peneraju parti, yang juga merupakan
kumpulan Ulama iaitu Datuk Seri Hadi Awang, bagaimanapun membuat kenyataan
untuk terus berpaut kepada PKR dan DAP biarpun mereka masing-masing terbukti
sebagai penyokong LGBT dan kafir harbi.
Justeru, perang antara Ulama PAS ini terus berjalan selama
beberapa bulan tanpa penyelesaian. Harun
Taib dikatakan turut disokong oleh Harun Din, Ustaz Nasha dan beberapa Ulama
muda lain. Bagaimanapun,
suara mereka tidak begitu kuat memandangkan Ulama di peringkat tertinggi iaitu
Hadi Awang dan Nik Aziz masih berdegil ingin terus bertahaluf siyasi dengan
siapa sahaja, biar syaitan sekalipun, asalkan bukan UMNO.
Nampaknya kepimpinan tertinggi PAS sudah dirasuki roh Anwarinas
dan mula merasa selesa dengan ide-ide liberalisme, pluralisme. Ini tentulah tidak mengejutkan
memandangkan mereka juga turut mengiktiraf Syiah.
Oleh itu, hala tuju PAS kini cukup misteri. Akibatnya, ahli-ahli PAS sendiri
dilihat sebagai membawa fahaman, hujah dan pendapat sendiri dalam
mempertahankan parti yang mana sebenarnya tidak menepati fahaman, hujah dan
pendapat pemimpin atasan mereka.
Setakat ini, Hadi Awang dan Nik Aziz jelas tidak sanggup
‘bercerai’ dengan Anwar dan Lim Kit Siang. Mungkinkah Ulama-ulama ini enggan
meminta cerai kerana bimbang akan hilang ‘wang saraan’?
Tanpa sebarang keputusan tuntas mengenai tahaluf siyasi,
sokongan terhadap PAS akan terus merosot. Namun, itu bukan soal besar. Soal yang lebih besar ialah ummah akan
terus keliru dan bercelaru akibat Ulama-ulama yang haru biru.
Soal ini adalah lebih penting dan jika benar ada Ulama-ulama di
dalam PAS yang serius ingin membuat pembaikan, maka mereka perlu melakukan
tindakan drastik iaitu memilih untuk dipimpin Ulama Anwarinas, atau bangkit dan
memimpin parti sendiri. Jika
itu tidak dapat dilakukan, maka adalah wajib bagi mereka untuk meninggalkan
ulama-ulama yang sesat itu, sekali gus menyelematkan ummah dari terus
terpesong. Keputusan di
tangan masing-masing, untuk dibawa ke kubur masing-masing.
Post a Comment