Home » » Selangor Terkini ; Foto Lelaki Maut Di Tetak Kumpulan Samseng !!

Selangor Terkini ; Foto Lelaki Maut Di Tetak Kumpulan Samseng !!

Written By Unknown on 13/04/2014 | 12:24 am


KUALA LUMPUR : Seorang lelaki maut selepas diserang sekumpulan empat lelaki berhampiran Program Perumahan Rakyat (PPR) Beringin, Jinjang di sini hari ini.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, dalam kejadian 2.20 petang itu, mangsa berusia dalam lingkungan 20-an cedera parah di kepala, tangan dan lutut.






Beliau berkata, dia ditemui orang awam dalam keadaan terkulai tetapi masih bernyawa di tempat duduk pemandu sebuah kereta.

Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia pada 3.45 petang di Hospital Selayang, katanya ketika dihubungi di sini.

Berikutan kejadian itu, seorang lelaki berusia 22 tahun ditahan bagi membantu siasatan. - Bernama


tqbrothersam
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger