AAKJ tidak sangka warga Singapura selain kiasu memang agak panas baran melampau...kisah lelaki yang mengamuk di laluan pandu lalu McDonald’s di Sengkang, Singapura melalui laman Stomp Straits Times antara bukti kegagalan kerajaan Singapura yang menyebabkan tekanan perasaan terhadap rakyatnya.
Menurut saksi, lelaki itu naik angin selepas makanan yang dipesan belum tiba dalam tempoh yang agak lama.
“Pemandu itu kemudiannya keluar dari kereta dan menjerit ke arah pekerja McDonald’s bertanyakan sarapannya.
“Dia tidak ada adap langsung dan kelihatan agak kelakar,” jelasnya.
Lelaki itu juga cuba masuk ke dapur restoran bagi menunjukkan kemarahannya.
Apabila pekerja McDonald’s tersebut keluar untuk menenangkannya, dia menjerit, “Tak perlu ‘filet-o-fish, tak perlu sarapan!”
Hai, bawa-bawalah bersabar sikit. Orang lain di belakang pun sama menunggu juga. Tapi taklah mengamuk macam orang kebulur.
+ comments + 1 comments
dasar orang kebulur....semuanya kebulur. kebulur nk shopping kt JB, kebulur nk beli rumah kt JB, kebulur nk makan kt JB, kebulur nak bawak kete laju2 kt hiway Plus.
Post a Comment