Home » » Ulamak Pas Mudah Keliru, Lurus Bendul & Tidak Matang - Khalid Samad

Ulamak Pas Mudah Keliru, Lurus Bendul & Tidak Matang - Khalid Samad

Written By Unknown on 21/09/2013 | 10:30 pm



AMAT menarik untuk kita terus memerhati apa yang berlaku dalam Pas sekarang terutama berkaitan isu resolusi ulama yang mahu parti itu mengkaji semula tahaaluf siyaasi dengan DAP dan PKR.

Hal tahaaluf siyaasi bukan perkara baru dalam Pas. Dan tidak melampau jika dikata, itulah juga perkaranya yang jadi kebimbangan majoriti senyap dalam parti terutama akar umbi yang tidak ada apa-apa kepentingan.

Manakala Datuk Harun Taib pula - yang teruk diserang sesetengah pihak selepas multaqa yang memutuskan resolusi itu - memangnya diketahui sering bersikap lantang terhadap pemimpin DAP, terutama Karpal Singh.

Khalid Samad dilihat kurang ajar dan tidak menghormati golongan ulama apabila sanggup menuduh mereka sebagai Keliru, Lurus Bendul, Kurang Matang & Gelojoh. Walau pun tulisan beliau itu tidak ditujukan khusus kepada Datuk Harun Taib atau semua ulama-ulama dalam Pas atau Nasrudin Hassan, Ketua Pemuda Pas, namun jelas beliau cuba menunjukkan rasa tidak puas hati kerana puak-puak yang lurus bendul ini (kononnya) dalam Pas boleh menyebabkan Kelebihan kepada UMNO.

Tulisan beliau itu pula diterbitkan hari ini, sesuai dengan isu tahaaluf siyaasi yang sedang hangat diperkatakan. Secara tidak langsung tulisan beliau seolah-olah ditujukan kepada golongan yang menyokong agar tahaaluf siyaasi dikaji semula.

Berikut adalah tulisan KHALID SAMAD (Ahli Parlimen Shah Alam) dalam Sinar Harian (klik) yang menyatakan satu-satunya harapan bagi Umno/BN untuk survive di dalam PRU akan datang adalah dengan mengeluarkan Pas daripada Pakatan Haram:

Pas mesti dikelirukan, melalui pujian dan sentimen, sehingga keluar dari PR! Tiada yang lebih mudah dikelirukan sedemikian rupa selain yang muda (bukan Pemuda ya), yang bersemangat tetapi tidak berpengalaman, yang ada ilmu tetapi kurang kematangan serta hikmah dan yang gelojoh.

Istilah kopiah putih bagi saya dimaksudkan jenis ahli Pas yang lurus bendul; inginkankan kemurnian dalam erti-kata tidak mahu bersama dengan yang ‘kurang atau diragui kejernihan fahaman Islamnya’.

Mereka golongan ‘puritans’ atau ‘bersih dan jernih’ yang mudah diperalatkan Umno dengan dipersoalkan hubungan Pas dengan DAP atau PKR. Mereka tidak semestinya ustaz tetapi adalah golongan yang berfikiran ‘simplistik’ dan tidak menjiwai konsep “Pas for all” serta Tahalluf Siyaasi dengan PR.


'Tahaluf siyasi' haram jika mudarat perjuangan Islam - Pemuda Pas

Sementara itu, Dewan Pemuda Pas turut menyokong golongan ulama dan berpandangan, tahaluf siyasi yang diamalkan parti itu dalam pakatan pembangkang adalah haram untuk diteruskan sekiranya mendatangkan keburukan atau kemudaratan terhadap perjuangan Islam.

Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, cadangan supaya tahaluf siyasi itu dikaji semula adalah wajar.
Menurut beliau, kajian tersebut perlu melihat sama ada tahaluf siyasi itu menepati syarat-syarat yang dikehendaki oleh Islam, memberi keuntungan kepada perjuangan Islam dan memberi kebaikan kepada Pas atau sebaliknya.


Golongan Anwarinas Mudah Melatah dan Suka Buat Keputusan Menjaga Hati PKR


Soalnya, apakah perkara yang disuarakan Harun dan Pemuda Pas itu salah ataupun disuarakan secara salah?

Satu aspek yang penting dalam dunia ilmu cara Islam ialah berhujah di atas fakta. Itulah sebabnya perlu kajian untuk mengenal pasti keberuntungan atau kerugian yang mungkin berlaku pada Pas dalam perjuangannya mendaulatkan Islam.

Kita tahu bahawa antara keharusan tahaaluf siyaasi ialah Islam mesti dominan, dan mungkin Harun juga kalangan ulama yang bermultaqa di Alor Setar tempoh hari berasa ragu akan hal ini lalu minta dikaji. Harun sebaliknya dihentam dan cara begini tidak mengikut disiplin ilmu apabila berlaku percanggahan pendapat.

Kita bimbang jika itu tandanya bahawa dalam Pas sudah hilang rasa hormat kepada ulama.

Meskipun mungkin mudah bagi mereka yang menentang Harun untuk menjawab bahawa tanggapan itu bukan meliputi semua ulama dalam Pas melainkan hanya yang cuba mengusik hubungan dengan DAP dan PKR sahaja, namun tertanya-tanya juga oleh kita, apa mungkin orang Pas hari ini lebih kasihkan Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng berbanding ulama?


Pada penghujung 1980-an, seorang pemimpin Pas Kedah, Abdul Wahab Abdul Rahman, pernah dikritik hebat oleh ahli dan pemimpin Pas dari serata negeri hanya kerana aksinya yang mengangkat tangan dan menuding jari ketika membahaskan satu usul dalam muktamar - barang kali disebabkan kebiasaannya sebagai seorang guru - yang menurut para pengkritik adalah peri laku biadab yang tidak seharusnya dilakukan di hadapan pemimpin-pemimpin parti yang rata-ratanya adalah para ulama.

Namun itu dulu. Apakah kini ulama sudah boleh diperlakukan lebih daripada itu? Dikutuk, dimaki sudah tidak jadi kesalahan pada era tahaaluf siyaasi?

Pemuda di bawah kepimpinan Cikgu Pa (Datuk Mustafa Ali) mengetepikan Datuk Asri Muda untuk memberi tempat kepada golongan ulama. Tercatat dalam sejarah bahawa pada muktamar 22 Oktober 1982 itulah, Pemuda Pas telah mengemukakan usul menolak ucapan dasar Yang Dipertua (Asri) dan menubuhkan Majlis Syura Ulama yang kemudian diluluskan oleh muktamar.


Harun tidak melakukan apa-apa kesalahan. Beliau menyuarakan pendirian daripada persepsinya sebagai ulama yang mengetuai sayap yang diiktiraf dalam struktur organisasi Pas. Lebih daripada itu, apa yang disuarakannya itu juga adalah resolusi satu multaqa yang dihadiri oleh ulama-ulama Pas sendiri.

Apakah ini tandanya kesan tarbiyah Anwari lebih kuat dalam kalangan orang muda Pas berbanding tarbiyah tarbawi oleh akademi Pemudanya? Jika demikian, apakah Pas boleh terus menaruh harap kepada generasi mudanya untuk terus memperjuangkan matlamat asasinya?


Barang kali atas sebab inilah Pas ketika era Ustaz Fadzil Noor telah meletakkan garis sempadan yang jelas dalam kerjasama dengan DAP. Pada PRU 1990, Pas secara rasmi bekerjasama dengan parti-parti politik Islam dalam Angkatan Perpaduan Ummah (APU).

Kita bukan mahu menafikan apa yang disebut oleh Tok Guru Nik Aziz ketika mengulas isu itu yang berkata, Pas tidak rugi dalam permuafakatan dengan DAP mahupun PKR kerana kerjasama itu membolehkan banyak perkara mengenai Islam diperjelaskan kepada pemimpin bukan Islam daripada kedua-dua parti itu.

Namun untuk menghentam dan mengenepikan ketua ulama hanya kerana beliau minta dikaji semula hubungan dengan DAP dan PKR, sebenarnya ada kerisauan yang lebih besar dalam kepala kita terhadap masa depan Pas!

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger