Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim antara calon terawal yang menyerahan borang pencalonan bertanding bagi mempertahankan jawatan Majlis Tertinggi (MT) Umno, di PWTC hari ini.
Beliau menyerahkan borang kira-kira jam 8.45 pagi.
Ketika ditemuramah, Abdul Azeez menyatakan beliau berhasrat mahu mempertahankan jawatan MT bagi meneruskan aktiviti-aktiviti kemanusiaan di dalam dan luar negara yang giat dilakukan selama ini.
Setakat ini, sudah 32 negara telah dilawati bagi misi kemanusiaan melibatkan Kelab Putera 1Malaysia yang dinaunginya.
Antaranya termasuk menyelesaikan masalah melibatkan keldai dadah, penipuan kad kredit dan membantu rakyat Malaysia yang lari ke negara luar untuk berkahwin.
Bantuan yang ditawarkan ini diharapkan memberi alternatif selain bantuan serupa yang ditawarkan Datuk Seri Michael Chong menerusi Biro Pengaduan Awam MCA yang juga sering menerima aduan dan menyelesaikan masalah masyarakat.
Abdul Azeez yang juga Pengerusi Tabung Haji (TH), baru-baru ini turut mengumumkan bahawa kesemua ahli lembaga pengarah TH tidak akan ke Mekah untuk musim haji tahun ini, sebagai salah satu langkah bagi memastikan pengurangan kuota jemaah oleh kerajaan Arab Saudi ekoran pelaksanaan kerja-kerja menaik taraf kawasan Masjidil Haram di Mekah dapat digunakan sepenuhnya oleh rakyat Malaysia.
mynewshub
Post a Comment