Home » » Foto ; Wanita Tunisia Serah Tubuh "Jihad Nikah" Pada Pejuang Anti Basyar

Foto ; Wanita Tunisia Serah Tubuh "Jihad Nikah" Pada Pejuang Anti Basyar

Written By Unknown on 21/09/2013 | 9:30 pm

Sekumpulan wanita Tunisia pergi ke Syria untuk melancarkan 'jihad nikah' bagi melegakan pejuang-pejuang yang memerangi tentera Presiden Bashar Al-Assad, kata Menteri Dalam Negeri, Lotfi ben Jeddou kepada Parlimen.

Aakj ; Benarkah cerita ini atau sekadar lapuran fitnah untuk burukkan Islam d Syria dan Mazhab Wahabi? Ya Allah tunjukkan kebenaran...aminnn
Wanita Tunisia Sertai "Jihad Nikah" Hingga Hamil Di Syria

"Mereka tidur dengan 20, 30 atau 100 pejuang Islam," kata menteri berkenaan kepada anggota-anggota Parlimen Tunisia kelmarin.

"Selepas mengadakan hubungan kelamin menerusi jihad nikah, mereka pulang dalam keadaan hamil," tambahnya.

Beliau bagaimanapun tidak mengulas lanjut mengenai bilangan wanita Tunisia yang hamil secara demikian.

Jihad nikah yang membenarkan hubungan intim dengan berbilang pasangan, dianggap oleh sebahagian ulama Wahabi sebagai antara bentuk jihad di sisi Islam.

Lofti tidak mendedahkan bilangan wanita Tunisia yang memasuki Syria bagi tujuan itu tetapi media tempatan melaporkan angka tersebut mencapai beberapa ratus orang.

Wanita Tunisia Sertai "Jihad Nikah" Hingga Hamil Di Syria

Selain wanita, beratus-ratus lelaki Tunisia turun memasuki Syria untuk bersama-sama berjihad menumbangkan rejim Bashar.

Bagaimanapun, Lofti turut memberitahu, seramai 6,000 belia negara berkenaan telah dihalang untuk memasuki Syria sejak beliau mula mentadbir negara pada Mac lalu.

Dalam pada itu media tempatan melaporkan beribu-ribu warga Tunisia menyertai pejuang-pejuang Islam dalam konflik di seluruh dunia termasuk di Afghanistan, Iraq dan Syria sepanjang 15 tahun lalu. - AFP
Share this article :

+ comments + 1 comments

9/21/2013 10:51 pm

Aneh betul ni.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger