Home » » Laman Facebook Menteri Besar Terengganu Di Tutup

Laman Facebook Menteri Besar Terengganu Di Tutup

Written By Unknown on 26/09/2013 | 10:00 am


Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said meminta masyarakat agar tidak mengendahkan laman Fan Page Facebook (FB) yang menggunakan namanya kerana itu laman palsu yang dikendalikan oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Katanya beliau telah menutup akaun FBnya sejak seminggu lepas setelah menyedari ada pihak lain membuka akaun yang menyamai Fan Page FB beliau.
“Ada orang hantar SMS (Sistem Pesanan Ringkas), beritahu ada lagi yang baru. Hanya URL dia saja lain daripada yang kita punya.
“Kita dah tutup (Facebook) dekat seminggu. Tiada media sosial lagi dan kalau ada itu semua tipulah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Ahmad juga tidak menolak kemungkinan kewujudan laman klon itu ada kaitan dengan pemilihan Umno kerana beliau mempertahankan jawatan Ketua Umno Bahagian Kemaman.
“Saya dapati ada komen kononnya saya mengurat perempuan dengan tulis ‘Saya minat you’ pada seorang individu dan ada yang tulis ‘MB (Menteri Besar) gatal lah…’,” katanya.
Pada 17 Sept lalu Setiausaha Akhbar beliau Rosli Zakaria membuat laporan polis selepas menyedari kewujudan laman FB palsu yang menggunakan nama Menteri Besar Terengganu itu.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger