Seramai 26 anggota Umno Selangor yang menghantar borang pencalonan untuk bertanding pada pemilihan peringkat bahagian dan tiga sayap parti bagi peringkat negeri Oktober ini, menarik diri.
Setiausaha Kerja 1 Jawatankuasa Pemilihan Umno negeri, Mohamad Isa Ishak berkata Umno Selangor menerima permohonan menarik diri daripada bertanding jawatan termasuk Ketua Bahagian, Naib Ketua Bahagian, Anggota Jawatankuasa Bahagian, Ketua Puteri dan Pengerusi Tetap.
“Semakan terhadap calon-calon sama ada mereka layak bertanding atau tidak akan dilakukan oleh Jawatankuasa Pemilihan Umno pusat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Pada Sabtu lepas, 3,964 calon dilapor menawarkan diri untuk bertanding dalam pemilihan parti di 22 bahagian Umno di Selangor.
Post a Comment