Seperti yang dijangka, masyarakat Cina pasti akan mengkritik
Program Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera yang diumumkan Perdana Menteri baru-baru
ini. Sebelum itu, perlu diingatkan bahawa pada hari ini, MCA
sebenarnya sudah tidak wujud kerana parti itu sudah pun ‘berasimilasi’ dengan
DAP. Justeru, apabila kita menyebut masyarakat Cina, ia turut
membawa makna pembangkang, iaitu DAP.
Secara dasarnya, masyarakat Cina memilih untuk menolak Barisan Nasional
pada PRU-13 kerana enggan mengiktiraf Hak Istimewa Bumiputera. Bagi
mereka, ia adalah satu polisi yang tidak adil kerana bersifat memberi bantuan
dan kelonggaran kepada satu golongan sahaja. Lebih dari itu, mereka
menganggap bantuan yang diberikan kepada bumiputera itu adalah dari hasil kerja
mereka. Pendek kata, mereka menuduh kerajaan mengambil bahagian kek
mereka untuk diberi kepada bumiputera.
Tanpa mereka sedar, mereka tidak mungkin akan mendapat bahagian
kek tersebut jika kerajaan tidak menyediakan bahan-bahannya seperti peluang dan
projek untuk berkembang. Malah kek tersebut juga mungkin telah habis
dimakan tanpa bumiputera yang mewakili daya beli
terbesar. Bumiputera pula telah memberikan sebahagian dari dapur mereka
untuk masyarakat Cina duduk dan makan, maka seharusnya masyarakat Cina duduk
dan makan sahajalah kek mereka tanpa membuat bising.
Dengan mengumumkan program pemerkasaan ekonomi bumiputera,
kerajaan bukannya menyuruh masyarakat Cina keluar dari dapur, dan kerajaan juga
tidak mengambil bahagian kek dari dulang masyarakat
Cina. Sebaliknya, kerajaan menyediakan bahan-bahan lain untuk
bumiputera dan menyuruh bumiputera membuat kek sendiri.
Setelah berkongsi dapur dan mempunyai kek masing-masing, maka
kerajaan mengharapkan agar masyarakat Cina dan bumiputera dapat duduk dan makan
bersama-sama bagi menepati semangat 1Malaysia.
Hakikat ekonomi itu adalah ia saling
bergantungan. Kerana itu, semua negara termasuk negara-negara maju
turut mengamalkan dasar diskriminasi positif dalam keadaan
tertentu. Amerika Syarikat, misalnya, memberi kemudahan dan
kelonggaran tertentu kepada warga kulit hitam bagi meningkatkan ekonomi
mereka. Dasar seperti ini penting bagi memastikan kerajaan dapat
menumpukan kepada perkara yang lebih penting tanpa diselubungi masalah sosial
di dalam masyarakat yang terhasil dari kemunduran sesuatu kumpulan.
Justeru, kaum Cina tidak boleh mengambil sikap bongkak kononnya
merekalah yang membawa kemajuan di negara ini dan menjadi pembayar cukai
tertinggi bagi menjana ekonomi negara. Kaum Cina tidak boleh melihat kaum
bumiputera sebagai penghalang kepada cita-cita mereka untuk menjadi lebih kaya
dari sedia ada. Sikap angkuh dan pentingkan diri ini tidak
menguntungkan sesiapa kerana kita saling bergantung sesama
sendiri. Walau apapun, kaum Cina tetap memerlukan daya beli dan
tenaga kerja dari bumiputera untuk menjadi lebih kaya.
Kaum Cina tidak akan menjadi lebih kaya dengan memijak
bumiputera. Sekiranya bumiputera semakin ketinggalan dalam ekonomi,
ia akan turut menjejaskan kitaran ekonomi negara. Ia juga akan
menyumbang kepada lebih banyak masalah sosial yang timbul dari
kemiskinan. Lebih buruk lagi, ia turut mampu menyumbang kepada
ketidakstabilan dan seterusnya kemusnahan. 13 Mei adalah sejarah yang
paling berharga untuk kita semua. Namun, malang sekali, orang-orang
Cina enggan belajar darinya, malah menidakkannya.
Bukan sahaja 13 Mei, tetapi Reformasi Indonesia juga berpunca
dari masalah yang sama iaitu kaum pribumi yang semakin lama semakin terpinggir
akibat ketiadaan usaha yang berkesan untuk merapatkan jurang ekonomi.
Benar, bahawa Hak Istimewa Bumiputera yang tercipta dari DEB
banyak turut membawa berbagai masalah sampingan. Namun, selagi ada
usaha, selagi itu ada harapan yang matlamatnya akan
tercapai. Sekiranya tiada langsung polisi yang seumpamanya, maka
jurang ekonomi akan semakin meluas dan mendedahkan negara kepada berulangnya
tragedi berdarah 13 Mei
Justeru, pengumuman Model Ekonomi Bumiputera (MEB) di bawah
program memperkasa ekonomi bumiputera ini seharusnya diterima secara positif
oleh masyarakat Cina kerana ia mencerminkan kesedaran kerajaan terhadap masalah
yang timbul dalam DEB serta azam untuk terus memperbaikinya.
Kritikan masyarakat Cina kononnya ia bakal menjauhkan lagi
masyarakat Cina dari BN menggambarkan pemikiran yang cetek kalaupun tidak rasis
atau tamak haloba. Sebenarnya, semakin mantap ekonomi
bumiputera, semakin mantaplah juga ekonomi masyarakat Cina. Lebih
dari itu, keseimbangan ekonomi akan membantu menurunkan kadar jenayah dan juga
masalah sosial di negara ini sekali gus membentuk kehidupan yang lebih baik
untuk semua.
Masyarakat Cina wajar belajar berfikir lebih jauh dari sekadar
untung rugi sahaja. Ingatlah kata-kata pepatah, “orang tamak,
selalunya rugi”.
Post a Comment