Tidak dapat dinafikan yang Anwar Ibrahim itu adalah seorang
politikus yang cukup hebat sekali sesuai dengan gelaran yang diberikan oleh
isterinya iaitu ‘Anugerah Tuhan’. Suatu
ketika dahulu kita terkejut juga dengan langkah yang diambilnya dalam
menghadapi satu-satu isu terutama di dalam keadaan terdesak. Namun, setelah mengenali beliau, tiada
apa lagi yang dilakukannya yang dapat mengejutkan kita. Malah, hari ini, ramai yang sudah
mampu membaca gerak langkah beliau lebih awal lagi.
Bagaimanapun, langkah yang diambil Anwar kali ini cukup menarik
iaitu cuba menggambarkan kepada dunia bahawa kerajaan BN atau Dato’ Seri Najib
sedang menagih kerjasama dengannya atau dalam kata lain, ingin berdamai. Untuk itu, semua bala tenteranya
dikerahkan untuk menonjolkan senario yang sama iaitu Dato’ Seri Najib telah,
melalui orang tengah, berbincang dengannya untuk membentuk satu macam kerjasama
seperti kerajaan perpaduan.
Kononnya, Dato’ Seri Najib buntu dalam menangani tekanan dalaman
UMNO yang semakin hilang kepercayaan terhadapnya. Kononnya Dato’ Seri Najib sudah
kehilangan punca untuk menangani masalah-masalah dalam negara seperti masalah
jenayah, ekonomi dan perkauman. Justeru,
hanya Anwarlah yang mampu menyelamatkan negara, sekali gus kedudukan Dato’ Seri
Najib melalui satu perjanjian istimewa.
Soalan kita ialah bukankah Anwar yang ke hulu ke hilir membuat
kacau dan memburukkan negara agar ekonomi merudum? Bukankah PR yang mendesak agar Akta
Pencegahan dihapuskan dan penjenayah dibebaskan serta membela penjenayah
bermati-matian? Bukankah PR
yang bersungguh-sungguh meniupkan api perkauman di mana DAP secara
terang-terangan melaungkan pemerintahan Cina melalui laman sosial Tony
Pua? Justeru, apa ke
jadahnya Dato’ Seri Najib memerlukan Anwar untuk menangani semua masalah ini
sedangkan Anwar dan pembangkanglah yang menjadi puncanya?
Dan apa ke jadahnya Dato’ Seri Najib perlukan pengaruh Anwar
untuk meningkatkan pengaruh dirinya di dalam UMNO sedangkan orang-orang Melayu
telah meningkatkan sokongan terhadap parti itu dalam PRU yang lalu, serta
menolak Anwar’? Bukankah
ini bermakna sebarang kerjasama dengan Anwar hanya akan mengundang bala kepada
Dato’ Seri Najib, yakni menyebabkan orang-orang UMNO turut menolak
beliau?
Benarlah kata Jusuf Kalla iaitu Anwar hidup dalam angan-angan
yang terlalu tinggi. Tidak
mustahil Anwar tidak lagi dapat membezakan mana fantasi dan mana realiti. Kegilaannya untuk menjadi Perdana
Menteri membuatkan beliau mula percaya kepada pembohongannya sendiri.
Hakikatnya, Dato’ Seri Najib tidak mungkin bekerjasama dengan
manusia yang telah memfitnahnya dengan begitu teruk sekali. Anwar menuduh Dato’ Seri Najib
membunuh dan sanggup mengupah saksi agar mensabitkan Dato’ Seri Najib atas
kesalahan tersebut. Jadi,
apakah maknanya ini?
Maknanya, jika Anwar berjaya, Dato’ Seri Najib boleh ke penjara
atas kesalahan yang tidak dilakukannya. Lebih
dahsyat lagi mungkin dikenakan hukuman mati memandangkan kes ini adalah kes
bunuh.
Dengan niat Anwar yang begitu jahat terhadap Dato’ Seri Najib,
apakah logik jika Dato’ Seri Najib menghulur tangan kerjasama dan melupakan
sahaja apa yang Anwar cuba lakukan terhadapnya? Apakah jaminan yang Anwar tidak akan
melakukannya sekali lagi, iaitu memfitnah dan menghumbankan Dato’ Seri Najib ke
dalam gaung?
Inilah yang kita perlu hadamkan, iaitu apa yang Anwar telah
lakukan terhadap Dato’ Seri Najib adalah melangkaui permusuhan politik. Ia telah menjadi sesuatu yang peribadi
serta melibatkan nyawa.
Lagipun, yang menang adalah Dato’ Seri Najib dan yang kalah
adalah Anwar Ibrahim. Malah,
kemenangan Anwar di Permatang Pauh juga menyaksikan kemerosotan undi yang
banyak sekali. Oleh itu, tiada sebab bagi Dato’ Seri Najib untuk
berbincang dengan orang kalah.
Sekali lagi diulang, yang terhegeh-hegeh dan tersorong-sorong
pipi yang baru disuntik botox di sini, ialah Anwar Ibrahim.
Dato’ Seri Najib sebagai Presiden UMNO tidak mungkin bekerjasama
dengan pihak yang berpegang kepada liberalisme dan pluralisme. UMNO tidak akan sekali-kali
berkompromi dalam hal ini. Kerana
itulah UMNO tidak ada masalah untuk menghulur tangan kepada PAS walaupun PAS
tegar membawa pendekatan takbur meletakkan diri lebih Islam dari UMNO. UMNO bersedia bersatu atas nama ummah
dengan PAS biarpun PAS mengkafirkan UMNO.
Sekiranya PAS kembali menemui kewarasan, UMNO bersedia
bekerjasama dengan PAS tetapi bukan PKR dan bukan Anwar Ibrahim. Kekuatan UMNO dicampur dengan PAS
sudah cukup untuk mematikan terus PKR dan juga DAP.
Untuk apa UMNO bekerjasama dengan PKR yang mana majoriti wakil
rakyatnya adalah kaum Cina yang tidak mungkin akan mengundi BN dalam PRU
nanti?
Justeru, jika benar UMNO atau Dato’ Seri Najib benar-benar
terdesak untuk bekerjasama dengan pembangkang, yang pastinya pembangkang itu
bukan Anwar Ibrahim. Anwar
boleh terus berangan dan jenteranya juga boleh terus menyebarkan
angan-angannya. Namun,
angan-angan itu akan kekal menjadi angan-angan sepertimana angan-angan ingin
menjadi Perdana Menteri pada 16 September…entah pada tahun berapa...
Post a Comment