Home » » ‘Hitler’ Berdepan Tindakan Saman KFC

‘Hitler’ Berdepan Tindakan Saman KFC

Written By Unknown on 08/07/2013 | 12:30 am

Hilter

Restoran makanan segera yang dikenali sebagai ‘Hitler’ perlu membetulkan semula logo papan tandanya atau bakal berdepan tindakan saman daripada restoran makanan segera terkenal, KFC.
Jurucakap KFC yang mengulas perkara ini kepada Huffingtonpost menyatakan, tindakan undang-undang jelas boleh diambil memandangkan logo restoran ini sangat mirip dengan KFC kecuali gambar Colonel Sanders telah digantikan dengan kepala bekas pemimpin Nazi, Adolf Hitler.
Restoran Hitler, yang baru dibuka di Bangkok, Thailand mula mendapat perhatian umum sejak Mei lalu apabila penulis Footprint Thailand Handbook, Andrew Spooner mengambil gambar restoran ini dan memuatnaiknya di laman twitter beliau.
Salah seorang pelanggan, Alan Robertson, 43, yang tinggal di Bangkok bagaimanapun memberitahu Daily Mail ayam yang dihidangkan di restoran ini agak lazat dan pemilik restoran memberitahunya Hitler memberikan ‘imej yang baik’.
Apa pun, restoran ini boleh dianggap gambaran trend ‘Hitler Chick’ yang kian merebak sekarang. Sepertimana digambarkan CNN baru-baru ini, ia trend di mana ikon pop semasa dicipta semula dengan meletakkan gambar bekas pemimpin Nazi tersebut.

mynewshub
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger