Home » » Foto Pak Lah Dalam Wad IJN, Radang Kaki

Foto Pak Lah Dalam Wad IJN, Radang Kaki

Written By Unknown on 08/07/2013 | 9:00 am

Pak Lah Masuk IJN, Radang Kaki

PETALING JAYA – Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi,74, dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk mendapatkan rawatan kerana radang di bahagian kaki yang dialaminya, kata pegawai khas beliau, Teoh Ai Hua.
Beliau berkata Abdullah, yang lebih dikenali dengan panggilan Pak Lah, berada dalam keadaan stabil dan dimasukkan ke IJN sejak Isnin bagi merawat cellulitis, keradangan yang berkaitan dengan tisu penghubung.
“Selepas menjalani pemeriksaan kesihatan oleh doktor, beliau telah dinasihatkan untuk menjalani rawatan dan kini Abdullah sedang berehat,” katanya kepada The Star, ketika dihubungi pada SAbtu. Beliau turut mengesahkan Abdullah, dirawat di IJN bukan disebabkan oleh penyakit lain.
“Dalam istilah kesihatan, beliau kini sedang pulih dengan baik dan Teoh mengakui bekas Perdana Menteri itu dirawat di IJN kerana pakar perubatan yang biasa merawatnya berada di sana,” katanya.
Sementara itu, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata beliau telah bercakap dengan Abdullah selepas dimaklumkan beliau tidak sihat.
“Saya bercakap dengan Pak Lah menerusi telefon (dan) kini berada di IJN. Beliau tidak sihat (dan) marilah kita sama-sama berdoa beliau cepat sembuh,” tulisnya di akaun twitter milik beliau. – Mstar.com.my
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger