Pegawai kanan kedutaan, Takashi Yokoyama yang dihubungi malam tadi berkata, perkara itu tidak benar.
"Berita yang tersebar itu tidak benar dan tidak berlaku. Ia hanya khabar angin. Jika benar kami pasti mengetahuinya lebih awal. Perdana Menteri Shinzo Abe tidak memeluk Islam," katanya.
Khabar angin yang mengatakan Abe memeluk Islam tersebar luas di media sosial semalam dan mencetuskan pelbagai spekulasi - BH online
Post a Comment