Dari sumber :
“Jangan ganggu pemain Terengganu sebelum perlawanan penting ini, ” kata Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman.
Katanya, pihak lawan tidak sewajarnya melakukan serangan psikologi seumpama itu kerana semua pemain memerlukan semangat dan kekuatan mental yang tinggi ketika ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan media mengenai dua tonggak Terengganu, Zubir Azmi dan Nor Farhan Mohamad bakal menyertai pasukan Johor Darul Takzim (JDT) untuk musim hadapan.
Ahmad Razif berkata, semua pemain Terengganu kini berada dalam keadaan terbaik dan bersedia untuk diturunkan bagi bertemu pasukan Selatan itu, malam esok.
Tambah beliau, isu yang menimpa pasukan Terengganu masa kini akan dijadikan sebagai cabaran kepada Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) untuk menangani isu itu agar tidak berulang.
“Saya dapat melihat pihak PBSNT amat profesional dalam menangani pemain serta penyokong pasukan Terengganu dan ini menunjukkan kematangan mereka”, katanya.
Beliau berkata demikian selepas Mesyuarat Mingguan Exco, di Wisma Darul Iman, hari ini.
Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mazlan Ngah dan Pengerusi Jawatankuasa Belia & Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato’ Rozi Mamat.
Berkenaan isu tiket dan bas yang dijanjikan sebelum ini, Menteri Besar menyatakan kekecewaannya kerana tidak dapat mengotakan janji disebabkan beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan.
“Saya amat kecewa apabila tidak dapat menunaikan janji untuk memberi tiket percuma sebanyak 2,000 keping serta 50 buah bas untuk menyaksikan perlawanan tersebut, namun begitu tayangan secara langsung akan diadakan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada malam esok”, katanya.
Aakj : wahHH sama nampaknya apa yang terlintas dalam kepala Aakj 2 hari lepas..buat LIVE kat Stadium Terengganu je..zaman semua "realtime" dan "online" apa nak kalut !!
Post a Comment