Pelakon Maria Ozawa yang turut terkenal dengan nama julukan Miyabi mengaku sedang mencari pasangan hidup selepas kian bosan membujang.
Pengakuan itu dibuat Maria ketika dia memang dikenali sebagai aktres yang sentiasa mempunyai ‘pasangan’ berdasarkan statusnya sebagai pelakon filem lucah.
Maria, 28, berkata, dia tidak kisah bakal pasangan hidup itu datang dari negara mana kerana yang penting lelaki itu seorang yang memahami kerjayanya.
“Saya tidak peduli siapa orangnya dan warga negara apa, sama ada dari Jepun mahupun Indonesia.
“Paling penting bakal kekasih saya itu dapat menerima saya seadanya, termasuk keperluan pekerjaan saya,” katanya kepada Tribunnews semalam.
Maria adalah seorang daripada pelakon filem lucah paling terkenal di dunia dan pada Mei 2010 muncul dalam filem komedi dewasa Indonesia, Menculik Miyabi.
Filem itu diarah oleh Findo Purwono HW.
Pada November tahun sama Maria sekali lagi mewarnai layar perak Indonesia melalui filem seram Hantu Tanah Kusir.
Menurut Maria, tanpa mempedulikan tanggapan orang lain, dia amat menyukai pekerjaannya sebagai pelakon.
Justeru, dia yakin akan dapat membina rumah tangga bahagia pada masa depan jika kekasihnya dapat menerima dia seadanya.
Bercakap mengenai pengalamannya ke Indonesia, Maria berkata dia pernah ke negara itu sebanyak empat kali antara 2009 hingga 2010.
Tiga daripada empat lawatan itu adalah ke Bali untuk mempromosi filemnya.
Sementara itu, mengulas mengenai kemunculan akaun palsu di Twitter dan Youtube menggunakan namanya, Maria berasa amat kesal dengan tindakan pihak tertentu yang mengambil kesempatan.
“Ia buat saya bingung.
Sumber
Post a Comment