Home » » Azmin Ali Sibuk Ganggu Kontraktor Sampah Dari Halang Pesta Arak Terbesar Di Selangor

Azmin Ali Sibuk Ganggu Kontraktor Sampah Dari Halang Pesta Arak Terbesar Di Selangor

Written By Unknown on 07/10/2014 | 10:18 am



Tindakan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang meluluskan permohonan pemasangan papan iklan Pesta Arak "Oktoberfest" sangat mendukacitakan bagi negeri Selangor.

Lebih memburukkan keadaan apabila Ahli Parlimen Shah Alam daripada PAS, Khalid Samad seolah-olah 'menyokong' Pesta arak itu.

Tindakan MBSA memasang iklan peta arak itu di beberapa lokasi di Shah Alam telah menimbulkan pelbagai persepsi sehingga Shah Alam dipanggil Bandaraya Arak.

'Oktoberfest' atau festival arak yang dianjurkan syarikat Carlsberg Malaysia itu telah bermula sejak 24 September lepas, di beberapa lokasi termasuk di Saujana Hotel Subang dan Berjaya Time Square Hotel.

Kemuncak pesta tersebut pula akan diadakan pada 10 hingga 12 Oktober ini di pusat membeli-belah One Utama, Petaling Jaya.

Keadaan ini sangat berbeza semasa pemerintahan di bawah BN yang mengharamkan iklan arak berbanding ketika ini yang mana iklannya sangat berleluasa di bawah Pakatan Rakyat.

Di manakah letaknya sensitiviti pemerintahan Pakatan Rakyat yang diketuai Menteri Besarnya Azmin Ali?

Azmin Ali sepatutnya peka dengan keadaan ini kerana ia terletak di bawah tanggungjawabnya sebagai Menteri Besar Selangor dalam Hal Ehwal Islam.

Apakah tindakan Azmin Ali selepas ini sama ada membiarkan iklan dan pesta arak Carlsberg berleluasa atau menyekat dan membatalkan iklan dan pesta arak itu demi kepentingan rakyat.

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger