Home » » Foto Lelaki Takut Isteri, Terjun Dalam Kumbahan Najis

Foto Lelaki Takut Isteri, Terjun Dalam Kumbahan Najis

Written By Unknown on 27/10/2014 | 4:39 pm


CHI (kanan) selepas diselamatkan.


Seorang lelaki mabuk jatuh ke dalam kolam kumbahan najis kerana mahu mengambil jalan pintas dengan harapan dapat mengelak daripada bergaduh dengan isterinya.

Chi Fang, 42, menghabiskan masa minum bersama rakannya di Wuhu di daerah Anhui, timur China apabila isterinya telefon mengarah dia balik serta merta.

Dalam keadaan tergesa-gesa dia mengambil jalan paling dekat untuk pulang, melintasi sebuah jambatan yang boleh menjimatkan beberapa minit masanya.

Kerana 'pening' akibat minum arak, Chi berhenti seketika untuk muntah.

Dia membongkok melepasi besi penghadang, tetapi tidak dapat mengawal diri lalu jatuh ke dalam kolam kumbahan itu.


myMetro
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger