Home » » Foto Kanak-Kanak Maut Di Timpa Kambing Dari Bumbung Rumah

Foto Kanak-Kanak Maut Di Timpa Kambing Dari Bumbung Rumah

Written By Unknown on 11/10/2014 | 8:30 pm



Seorang kanak-kanak lelaki di Turki maut dalam satu insiden tragis iaitu ditimpa seekor kambing yang jatuh dari bumbung sebuah apartment enam tingkat.

Heval Yildirim, 13, sedang bermain dengan rakan-rakannya menjelang hari raya Idul Adha pada akhir minggu lalu, sebelum insiden itu terjadi.

Kompas.com melaporkan, Ayah Heval, Mehmet, membawa pulang seekor kambing untuk dikorbankan pada hari raya Idul Adha. Akibat tak ada cukup ruang untuk menyimpan kambing itu di apartmentnya, Mehmet kemudian meletakkan haiwan itu di atas bumbung.

Mehmet memberitahu kepada polis, haiwan itu melompat pagar yang dibuatnya di atas bumbung tersebut sebelum jatuh menimpa Heval. Heval telah dikejar ke hospital namun, dia meninggal dunia dalam perjalanan.

"Saya sangat sedih. Namun, apa lagi yang harus saya katakan? Bahkan, pendakwa juga mengatakan bahawa insiden ini mungkin yang pertama di dunia," kata Mehmet.

sumber
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger