Home » » Bom Bukit Bintang ; Polis Buru "Ah Hai"

Bom Bukit Bintang ; Polis Buru "Ah Hai"

Written By Unknown on 11/10/2014 | 8:33 pm




Polis sedang memburu seorang lelaki yang dikenali sebagai 'Ah Hai' bagi membantu siasatan kes serangan bom tangan di hadapan sebuah kelab malam, Sun Complex, Bukit Bintang, Rabu lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md Isa berkata, lelaki berkenaan merupakan saksi penting malah sasaran utama yang terlibat dalam kes itu.

"Kita percaya Ah Hai merupakan sasaran utama, siasatan awal mendapati, dia merupakan saksi penting dalam kes ini...polis berusaha untuk mengesan dia secepat mungkin," katanya.

Semalam, sebuah akhbar tempatan melaporkan Ah Hai yang juga dikenali sebagai 'Top Imbi Gangster' dipercayai menjadi sasaran utama suspek dalam kes letupan itu.

Tajuddin berkata, pihaknya sebelum ini telah menyelesaikan satu kes lainberkaitan penglibatan Ah Hai dan telah menyerahkan kertas siasatan itu kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.

"Ah Hai pernah terlibat dalam satu kes di Sentul pada bulan Ogos..dakwaan mengatakan dia pernah mengacukan pistol kepada anggota polis," kata Tajuddin.

Beliau menjelaskan, setakat ini, seramai lapan mangsa telah diambil keterangan untuk membantu siasatan namun tiada sebarang tangkapan dilakukan.

- Bernama
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger