Home » » Yaman Bergolak ; Pelajar Kita Turut Angkat Senjata?

Yaman Bergolak ; Pelajar Kita Turut Angkat Senjata?

Written By Unknown on 22/09/2014 | 7:00 am

Persatuan Pelajar Malaysia Yaman (Permaya) telah mengeluarkan satu kenyataan rasmi bertarikh 19 September 2014, berkenaan dengan pergolakan yang sekali lagi melanda republik Yaman.
Menurut kenyataan itu, pergolakan telah berlaku antara pasukan pemberontak Houthi Syiah dengan tentera kerajaan Yaman. Oleh kerana itu, pelajar-pelajar Malaysia yang menuntut di salah sebuah Universiti di Sanaa turut terkena tempias akibat pergolakan tersebut.
Berdasarkan maklumat yang diberikan di laman Facebook Permaya, kesemua pelajar Malaysia di kawasan bergolak tersebut telah berjaya dipindahkan ke penempatan sementara di Haddah Yaman. Selain itu Permaya juga melaporkan tiada kemalangan jiwa yang membabitkan pelajar Malaysia di sana.
Permaya juga menafikan sebarang penglibatan pelajar Malaysia dalam aktiviti bersenjata disana.
Selain dari itu, Permaya juga turut meminta bantuan orang ramai untuk menyalurkan bantuan kewangan bagi untuk membeli barangan keperluan asas seperti makanan, tempat tinggal dan juga barang keperluan lain kepada pelajar disana.
Diharap agar ahli keluarga dan kenalan pelajar disana bertenang dan sentiasa mengikuti follow up dari Permaya di laman Facebooknya 
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger