Home » » Video Nik Aziz Hasut Khalid Saman PKR?

Video Nik Aziz Hasut Khalid Saman PKR?

Written By Unknown on 08/09/2014 | 10:11 pm


Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menasihatkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim agar mengambil tindakan mahkamah terhadap parti Keadilan Rakyat kerana memecat beliau yang disifatkan sebagai satu tindakan yang memalukan.


“Kalau saya jadi menteri besar Selangor, saya (akan) bawa kes ini ke mahkamah kerana memalukan saya.

“Kenapa pecat saya (kerana) soal pecat ini bukan perkara main-main, memalukan” ujar kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu Nik Aziz turut melahirkan rasa kesal dengan tindakan PKR yang dilihat membelakangkan PAS dalam membuat keputusan.

“Dua keputusan yang dia (PKR) buat (sebelum ini) tidak diberitahu kepada kami, sebagaimana yang disebut oleh Tok Guru Abdul Hadi.

“Saya merasa risau” katanya lagi.

Hadi sebelum ini membidas PKR yang membuat keputusan tanpa berbinang terlebih dahulu dengan PAS selaku rakan sekutu di dalam pakatan rakyat ketika parti itu mahu melaksanakan ‘Langkah Kajang’.

“Tiada mesyuarat (perbincangan) sedar-sedar kita (PAS) diberitahu dan kita menyatakan tidak bersetuju.

“Ini bukan caranya, rakyat baru sahaja mengahadapi pilihanraya (umum) kemudian nak adakan pilihanraya (PRK DUN Kajang) pula, ini tidak betul″ tegas Hadi ketika sesi dialog beliau dengan pemimpin dan ahli PAS di Terengganu pada Khamis.

Beliau turut dengan lantang mempersoalkan kepincangan yang berlaku khususnya dalam perlantikan Menteri Besar Selangor yang baharu bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Malah dalam Seminar Pelaksanaan Syariah Islam di Masjid Jamek Tok Jiring di Kompleks Maahad Tahfiz Wal Tarbiyah Darul Iman, Kuala Terengganu, semalam, Ahli Parlimen Marang itu sekali lagi mengulangi pendiriannya mempertahankan keputusan Majlis Syura Ulama Pas sambil menyifatkan Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail tidak layak untuk menggantikan Abdul Khalid.

Hadi diawal ucapan turut berkata, krisis pentadbiran di Selangor bukan berpunca dari PAS tetapi merupakan masalah yang dibuat oleh PKR sehingga memaksa parti itu untuk turut sama menolong memikulnya.

Namun PKR bertegas untuk mengadakan PRK dan atas semangat Pakatan Rakyat, PAS akhirnya terpaksa akur dan telah mengarahkan semua jentera parti itu untuk berkerja bagi membantu Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail yang diletakkan sebagai calon.

Hadi berkata walaupun PAS pada awalnya membantu calon PKR menang di Kajang, namun resolusi parti yang ditetapkan sebelum ini menetapkan isu Menteri Besar Selangor tidak perlu dibangkitkan.

“Tapi lepas beberapa hari menang, PKR mula membangkitkan isu untuk menukar Menteri Besar” ujarnya.

Disebabkan desakan untuk menukarkan kepimpinan negeri Selangor, beberapa surat mengenai salah laku Abdul Khalid turut disebarkan.-suaratv



Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger