Home » , , , » Video Mengejutkan : "Berapa Saya Perlu Bayar Supaya Awak Sebut Melayu Bodoh" !!

Video Mengejutkan : "Berapa Saya Perlu Bayar Supaya Awak Sebut Melayu Bodoh" !!

Written By Azmy Klanajaya on 21/09/2014 | 1:21 pm


MELAYU-BODOH

Aakj : "SHARE laa artikel ini..terbaikkkk !!!!"
Kalau kita baca di laman sosial dan Facebook, banyak status berbaur perkauman telah dilempar untuk menyemarakkan lagi api perkauman di Malaysia. Ada sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab suka membuat kenyataan stereotaip mengikut kaum.
Untuk meneroka isu ini, pihak MalayMail Online telah membuat satu video temubual rakyat Malaysia dari pelbagai kaum, peringkat umur dan latar belakang untuk uji bakat untuk filem pendek. Di dalam video pendek ini, mereka tidak diberikan skrip dan mereka hanya perlu meminta menyebut kembali ayat yang diberikan oleh pihak produksi.
Di dalam video ini anda dapat melihat temubual dengan orang Melayu, Cina dan India yang terdiri daripada kanak-kanak hinggalah orang dewasa. Sehinggakan pihak produksi bertanya kepada mereka adalah mereka sanggup menerima wang berjumlah RM10,000 untuk menyebut perkataan“MELAYU BODOH”, “PENDATANG CINA” dan “INDIA PEMABUK?”. Penemuduga akan meminta peserta untuk mengulangi kenyataan positif seperti “Saya suka makanan Malaysia” dan “Saya suka negara saya” sebelum meminta mereka untuk mengulangi ayat stereotaip negatif terhadap kumpulan etnik lain.
VIDEO-RASIS
VIDEO-RASIS-2
VIDEO-RASIS-3
Video ini dihasilkan oleh syarikat pengiklanan Naga DBB untuk klien mereka untuk Hari Malaysia yang lalu tetapi yang akhirnya klien itu memilih idea lain. Kebanyakan peserta adalah golongan muda berusia 20-an dan 30-an yang tinggal di Lembah Klang dan datang dari pelbagai latar belakang, termasuk pemilik perniagaan, penghantar surat, dan suri rumah.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger