YB Dato Seri Idris Jusoh
Menteri Pendidikan II
Kepada Cikgu-Cikgu & Guru-Guru.
Majoriti cikgu dan guru adalah baik dan sememangnya kuat bekerja dan amanah. Kita tidak boleh menyalahkan semua kerana ada beberapa yang ditangkap.
Ekoran daripada isu kebocoran kertas peperiksaan UPSR 2014, adalah tidak wajar masyarakat mempunyai persepsi yang negatif terhadap cikgu-cikgu dan guru-guru yang sentiasa komited dan ikhlas dalam mendidik anak-anak kita.
Sebaliknya, kita haruslah sentiasa memberi sokongan dan dorongan kepada warga pendidik yang dikasihi dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang besar ini.
Dengan itu, marilah bersama-sama dengan saya mengucapkan TERIMA KASIH CIKGU kepada mereka yang mendidik dengan penuh sabar dan kasih sayang.
#TerimaKasihCikgu
Putrajaya
19 September 2014
Press Statement
Dato' Seri Idris Jusoh
Minister of Education II
For our Teachers.
The majority of teachers in this nation are hardworking and trustworthy. We cannot blame all of them because of the irresponsible actions of a few.
In light of recent events, we must not carry negative sentiments towards this group of educators, whom in reality are dedicated and sincere nurturers of our children.
Instead, we should be supporting and encouraging them in performing their duties and carrying out this great responsibility.
With that, join me in saying THANK YOU to our TEACHERS for their love, passion and dedication in educating our nation's children.
#TerimaKasihCikgu
Putrajaya
19 September 2014
Post a Comment