Home » » Selangor : Azmin Ali Akan Diumumkan Sebagai MB Selangor Yang Baru

Selangor : Azmin Ali Akan Diumumkan Sebagai MB Selangor Yang Baru

Written By Unknown on 19/09/2014 | 10:02 am

Azmin Ali akan diumumkan sebagai Menteri Besar Selangor yang baru pada jam 10 pagi ini. Ini berikutan dengan penolakan jawatan Menteri Besar dari Iskandar Samad. Beliau dikatakan berada dalam keadaan ketakutan untuk menerima perlantikan tersebut. Punca ketakutan iskandar Samad ini masih menjadi spekulasi.

Manakala pencalonan Wan Azizah sebagai Menteri Besar telah ditolak memandangkan beliau sekadar boneka kepada Anwar Ibrahim. Walaubagaimanapun kita semua perlu menunggu pengesahan selanjutnya dari pihak Azmin dan Istana Selangor.

Selain daripada berada dalam ketakutan untuk menerima jawatan Menteri Besar, Iskandar Samad juga mengalami masalah kesihatan seperti darah tinggi dan hypertension.

Sebelum ini Istana Selangor telah mengesahkan Majlis Angkat Sumpah Menteri Besar Selangor yang baharu akan diadakan pada Selasa ini di Istana Alam Shah, Klang dekat sini.

Pada 26 Ogos lepas, Sultan Selangor bertitah supaya parti dalam Pakatan Rakyat iaitu DAP, PKR dan PAS mengemukakan lebih daripada dua nama sebagai calon menteri besar yang baharu.

Baginda bertitah demikian selepas menangguhkan untuk menerima peletakan jawatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar sehingga proses pelantikan menteri besar baharu selesai.

PKR dan DAP bagaimanapun kekal dengan keputusan mereka mahukan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal menteri besar yang baharu.

Tindakan kedua-dua parti berkenaan menyebabkan Sultan Selangor amat dukacita.

Susulan kemurkaan baginda itu, PKR dan DAP baru-baru ini menyerahkan sepucuk surat kepada Istana Selangor.

Selain menghantar surat kedua yang tidak diketahui kandungannya itu, pada hari yang sama kedua-dua parti tersebut mengeluarkan kenyataan memohon ampun secara terbuka kepada Sultan Selangor.

Walaupun memohon ampun kepada Sultan Sharafuddin, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng tetap mempertahankan tindakan kedua-dua parti itu berhubung calon mereka bagi jawatan Menteri Besar Selangor.

Krisis politik Selangor tercetus selepas ‘Langkah Kajang’ yang dimulakan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang Mac lepas yang bertujuan menjadikan Ketua Umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai menteri besar Selangor yang baharu.

Bagaimanapun, hasrat Anwar terbantut selepas gagal menjadi calon kerusi DUN Kajang apabila mahkamah mendapati beliau bersalah atas pertuduhan liwatnya, lalu isterinya yang juga Presiden PKR bertanding dan memenangi kerusi DUN itu.

Pada 9 Ogos lepas, PKR memecat Abdul Khalid daripada parti itu dan merancang untuk mengangkat Wan Azizah sebagai menteri besar Selangor yang baharu.

Krisis Menteri Besar yang melanda Selangor sebenar turut memberi kesan kepada rakyat dan para pelabur yang mahukan suasana politik yang stabil bagi meneruskan kesinambungan pembangunan Selangor sebagai sebuah negeri yang termaju di Malaysia.

Pru14.tv

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger