Home » » Senarai Nama Adun PAS Untuk Calon Menteri Besar Selangor, Nama Azmin Ali Tidak Ada !

Senarai Nama Adun PAS Untuk Calon Menteri Besar Selangor, Nama Azmin Ali Tidak Ada !

Written By Unknown on 04/09/2014 | 11:36 am


Facebooker pro PAS, mendakwa parti itu telah menghantar tiga nama di kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari partinya sendiri untuk dipersembahkan kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah sebagai calon Menteri Besar.

“Maklumat Tulang Besi dapat Presiden PAS telah tanda tangan surat kepada Istana yang menamakan tiga Adun PAS.

“Betul-betul berlawanan dengan keputusan mesyuarat PAS Pusat, mesyuarat Pakatan Rakyat serta apa-apa keputusan parti.

“Walaupun ada usaha dari Mustafa Ali untuk tarik surat tersebut, tapi gagal,” dakwanya.



Namun, "Tulangbesi Malaysiawaves" kemudiannya membuat pembetulan bahawa tiga ADUN itu adalah dua dari PAS dan satu lagi mencalonkan semula Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal sebagai MB Selangor.

“Surat menamakan tiga calon – dua dari PAS dan seorang lagi adalah Khalid Ibrahim.

“Hujjah mengekalkan Khalid Ibrahim adalah diberitahu kepada Tuanku, Khalid mendapat semula kepercayaan Dewan Undangan Negeri.

“Formula yang dipakai adalah: PAS (15) + UMNO (12) + Khalid Ibrahim = 28 kerusi. Oleh kerana Speaker tidak boleh mengundi maka mereka mempunyai majoriti 1 undi. 

Khalid Ibrahim akan kekal memimpin kerajaan perpaduang PAS + UMNO + Khalid Ibrahim

“Minta Hasnul dan Saari dilindungi sebab mereka mungkin diculik. Tak salah ambil langkah berjaga.

“Presiden masih mahu mempertahankan kepimpinan Khalid Ibrahim dan masih mahu menubuhkan kerajaang perpaduang dengan UMNO dan BN.” dakwanya.
Dalam masa sama Tulangbesi Malaysiawaves tidak dapat mengesahkan sejauh manakah kebenaran maklumat yang disebarkannya itu.

“Tidak pasti maklumat ni benar atau tidak. Sekadar khabar sahaja,” dakwanya lagi.

Semalam, bnbbc.my mendedahkan satu sumber memberitahu portal itu bahawa PAS telah menghantar tiga nama ADUN dari kalangan partinya sendiri sebagai MB Selangor yang baharu.

“Difahamkan, nama tiga ADUN PAS Selangor turut disebut-sebut dihantar kepada PAS Pusat bagi diputuskan pimpinan parti.

“Mereka adalah ADUN Cempaka yang juga Pesuruhjaya PAS negeri Iskandar Abd Samad, Exco yang juga ADUN Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Khairi serta ADUN Meru, Dr Rani Osman, ” lapornya.

Khalid Ibrahim dalam kenyataan medianya hari ini berkata pentadbiran kerajaan negeri akan berjalan seperti biasa sehingga Menteri Besar Selangor yang baharu dilantik.

SULTAN ARAH PKR DUA NAMA

PKR menerima surat daripada pihak Istana sebentar tadi memperingatkan agar lebih dua nama dikemukakan kepada Sultan Selangor untuk dicalon sebagai menteri besar.

Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail dalam kenyataan media memaklumkan parti itu menerima surat jawapan dari pihak istana berhubung isu pelantikan menteri besar yang baharu.

Surat berkenaan mengesahkan istana menerima surat Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang dihantar bersama-sama 30 akuan bersumpah Adun Selangor yang menyokong Wan Azizah sebagai menteri besar baharu.
Bagaimanapun, surat istana turut memperingatkan agar lebih daripada dua nama dikemukakan kepada Sultan Selangor.

PKR sebelum ini hanya menghantar nama Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar, begitu juga dengan sekutu mereka DAP.

Hanya PAS dikatakan menghantar nama Wan Azizah dan Mohamad Azmin Ali.
Berikut kenyataan media dikeluarkan PKR sebentar tadi.

Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) petang ini telah menerima surat jawapan dari pihak Istana berhubung isu perlantikan Menteri Besar Selangor yang baru.
KEADILAN ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Istana kerana telah mengesahkan penerimaan surat dari Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bertarikh 14 Ogos 2014 yang dihantar bersama-sama 30 akuan bersumpah dari Ahli-Ahli Dewan Negeri Selangor yang menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor yang baru.

KEADILAN juga merakamkan penghargaan buat pihak Istana kerana mengesahkan penerimaan surat dari Presiden KEADILAN bertarikh 1 September 2014 yang telah menamakan Datuk Seri Dr Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baru.

Memahami dari isi maksud kandungan surat pihak Istana, KEADILAN ingin memaklumkan bahawa tidak ada penolakan terhadap nama Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baru. KEADILAN juga mengambil maklum bahwa surat pihak Istana turut memperingatkan agar lebih daripada dua nama dikemukakan kepada DYMM Tuanku Sultan Selangor.

Saifuddin Nasution Ismail
Setiausaha Agung
Parti Keadilan Rakyat


Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger