Home » » Senarai Jenazah Mangsa MH17 Yang Dibawa Pulang 19 September 2014

Senarai Jenazah Mangsa MH17 Yang Dibawa Pulang 19 September 2014

Written By Unknown on 17/09/2014 | 10:49 pm

Tiga lagi jenazah mangsa nahas pesawat MH17 akan tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada kira-kira jam 8.30 pagi, Jumaat ini.



Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam kenyataannya berkata, ketiga-tiga jenazah itu akan turut diberikan penghormatan ketenteraan seperti dilakukan sebelum ini.

"Penerbangan dari Belanda akan membawa pulang jenazah Allahyarham Muhammad Afzal Tambi dan Allahyarhamah Marsha Azmeena Tambi, anak Allahyarham Tambi Jiee yang turut terkorban dalam tragedi yang sama serta seorang anak kapal, Shaikh Mohd Noor Mahmood.

"Pakar forensik di Belanda juga sudah mengenal pasti mayat Liew Yau Chee, Tan Siew Poh, Meling anak Mula, Metthew Ezekial Sivagnanam dan Lee Kiah Yeen.

"Kelulusan membawa pulang jenazah berkenaan masih belum diumumkan oleh pihak berkuasa Belanda," katanya.

Sehubungan itu, Liow berkata, setakat ini seramai 224 penumpang MH17 sudah dikenal pasti, dengan 74 mangsa masih dalam proses pengecaman.

"Daripada 44 penumpang rakyat Malaysia, identiti 41 jenazah yang terdiri daripada 26 penumpang dan 15 anak kapal sudah dikenal pasti," katanya 



- BH online
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger