Video yang berdurasi selama 1.32 saat itu memperlihatkan bagaimana seorang pelatih {mangsa buli} dibawa ke sebuah asrama dan diikuti rakan yang lain.
Sebelum masuk kedalam asrama lagi, kelihatan seorang pelatih melepaskan sepakan kepada mangsa buli tersebut.
Ketika mangsa berada didalam asrama, mangsa terus diserang dengan ganas oleh sekurang-kurangnya 5 pelatih yang lain.
Mangsa bernasib baik dilihat segera keluar dari asrama tersebut.
Apapun, diminta pihak berkuasa menyiasat dan mendakwa mereka yang melakukan perbuatan ganas ini.
Kita tidak mahu ada kes anak-anak kita mati secara mengejut di kem PLKN tanpa sebarang punca. Pastinya ramai ibubapa bimbang dengan budaya ganas ini.
Diharapkan pihak berkenaan memasang cctv di seluruh PLKN bagi memantau kelakuan anak-anak kita ini.
Ikuti video tersebut dibawah.
Post a Comment