Aakj ambil poster ni yang mula dok berlegar di laman facebook hari ini.
Apakah sudah muktamad bahawa Pas yang bakal bertanding atau Pas memang tidak peduli tentang kerusi itu sebenarnya milik Pkr?
Atau Pas mengambil kesempatan kutip duit dari pilihanraya kecil ini sama seperti kelaziman yang biasa mereka lakukan?
Mana pergi duit duit sumbangan orang ramai sebelum ini? Takkan dah hampir 25 tahun memerintah Kelantan..masih meminta sedekah dari ahli dan rakyat?
Kalau Adun Adun mereka hidup melarat takpela juga..ni Adun Adun Pas antara manusia terkaya di Kelantan.
Aakj nak pesan satu je pada Ahli Pas..belum tentu anda dapat pahala menderma kepada parti politik yang asas perjuangannya melawan Kerajaan Islam yang tidak pernah zalim pada rakyatnya.
Belum tentu ianya tiket ke syurga kalau perjuangannya bersekutu dengan rakan kongsi yang terang terang inginkan ugama lain sama dengan Islam.
Sudah sampai masa Kerajaan buat undang undang tentang penyakit mengutip derma yang begitu bebas dan mengelirukan orang ramai tentang tujuannya itu.
Kutip satu hal..jumlah kutipan kita tidak tahu berapa dan kemana ianya dibelanjakan.
Post a Comment