Home » , » Purata Pendapatan Isi Rumah : DAP Tuduh Menteri Menipu

Purata Pendapatan Isi Rumah : DAP Tuduh Menteri Menipu

Written By Unknown on 10/09/2014 | 2:39 pm


P.PINANG- DAP mendakwa Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Wahid Omar menipu dan mengarut didalam membuat kenyataan mengenai purata isi rumah rakyat Malaysia yang dianggarkan berjumlah RM5,900 sebulan.

Ahli Parlimen DAP Bukit Mertajam Steven Sim Chee Keong berkata, angka tersebut yang diperoleh dari Kajian Pendapatan Isi Rumah (HIS) jelas tidak jujur dalam memberikan gambaran peningkatan kemakmuran kalangan rakyat. “Kerajaan nampak sedang berbohong dengan dirinya sendiri.

 “Melalui tindakan ‘masuk bakul angkat sendiri’ ini, kerajaan juga telah mewujudkan kejayaan palsu dengan mengabaikan keadaan sebenar dan banyak perkara yang masih perlu dilakukan,” kata Steven yang dipetik dari laman Roketkini.com. 

Menurut Steven, angka itu ternyata tidak masuk akal kerana sebelum ini kerajaan sendiri telah menyatakan bahawa 80 peratus isi rumah Malaysia berpendapatan kurang RM3,000 sebulan mendapat faedah daripada program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). 

Statistik Laporan Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas (PPIR/KA) juga turut dibandingkan Steven bagi mengukuhkan lagi dakwaannya itu. “Berdasarkan Laporan Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas (PPIR/KA) tahun 2012, 40 peratus isi rumah di Malaysia hanya mendapat kira-kira RM1,800 sebulan. 

“Laporan sama menyebut 50 peratus rakyat Malaysia berpendapatan kurang RM5,000 sebulan, sebenarnya memperoleh pendapatan kurang daripada apa yang dinyatakan,” katanya.

 UtaraNews.com -
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger