Home » » Perlantikan Azmin Tidak Menepati Undang-Undang Selangor - Wan Azizah

Perlantikan Azmin Tidak Menepati Undang-Undang Selangor - Wan Azizah

Written By Azmy Klanajaya on 23/09/2014 | 2:09 pm


Dari MyKmu

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini menyifatkan proses pelantikan Timbalan Presiden parti itu, Mohamed Azmin Ali, sebagai Menteri Besar Selangor tidak menepati peruntukan Undang-undang Tubuh Negeri Selangor.

Namun, Dr Wan Azizah dalam satu kenyataan media berkata beliau tetap menerima keputusan Sultan Selangor itu dengan hati terbuka dan yakin PKR kekal mempertahankan prinsip demokrasi Raja Berpelembagaan.

Mankala Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR berkata proses memperkenan lantikan Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu telah menjejas kemuliaan institusi Raja Berperlembagaan, menurut kenyataan dikeluarkan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Lantikan itu juga, menurut kenyataan tersebut, tidak mengikut kehendak Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor dan bertentangan dengan amalan prinsip demokrasi berparlimen.

MPP, dalam pada itu, turut melahirkan rasa kesal dengan layanan yang diberikan pihak Istana terhadap pencalonan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang telahpun memenuhi kehendak Undang-undang Tubuh Negeri dengan sokongan majoriti 30 ahli Dewan Undangan Negeri.

“MPP juga tidak bersetuju dengan cara pihak Istana menangani proses pencalonan yang melibatkan Dr Wan Azizah sehingga beliau langsung tidak dipanggil mengadap walaupun mempunyai sokongan majoriti yang jelas,” menurut kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Walau bagaimanapun, sebagai mengambil kira keperluan menyelesaikan isu pelantikan Menteri Besar Selangor ini secepat mungkin demi menjaga kepentingan rakyat, ia telah memutuskan untuk menghormati permintaan Dr Wan Azizah menarik diri daripada dicalonkan agar isu ini dapat diselesaikan segera.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger