Home » » Penggal Kepala Dayak : SKMM Wajar Lebih Serius

Penggal Kepala Dayak : SKMM Wajar Lebih Serius

Written By Unknown on 03/09/2014 | 9:40 am


Aakj lihat makin lama makin menjadi-jadi 'kegunaan' facebook sekarang ni..teringat juga mula-mula facebook ni masuk Malaysia..masa tu..facebook ni memang digunakan untuk berinteraksi sesama keluarga, sahabat maupun rakan sekerja.

Kini bukan setakat diguna untuk sampaikan mesej..iklan dan lain-lain.,termasuk kempen poltik..dah mula masuk level lain..makin serius penggunaan facebook ni atau medium internet yang lain..

Kepada SKMM, anda sendiri tahu apa yang tengah hangat dibualkan dalam dunia maya maupun di kedai kopi..kepada andalah semua mata melihat..bertindaklah sebelum parah akibat facebook atau mana-mana medium digunakan untuk hancurkan apa yang kita bina selama ini !!!

NGO Kongres Kebangsaan Dayak (DNC) hari ini membuat laporan polis berhubung dua tulisan di Facebook yang mengajak supaya kepala golongan Dayak dipenggal.

Tulisan di Facebook “JIM - Jemaah ISIS Malaysia” itu antaranya menyebut: "Sabah Sarawak adalah negeri kafir maka wajib ke atas umat Islam menyembelih rakyat mereka di sana."

Sementara sebuah lagi mengaitkan penduduk pribumi Borneo itu sebagai “golongan yang berpakaian tetapi bertelanjang dan mereka akan menghuni api neraka”, seperti disebut dalam hadis.

"Yang dimaksudkan itu adalah Dayak. Mereka bercawat tapi masih nampak kemaluan. Barang siapa bertemu dengan golongan ini. Penggallah kepalanya,” demikian tulisan itu.

Semakan pada 5.20 petang mendapati Facebook itu telah tiada.


Bercakap di balai polis Sungai Maong, Kuching, Setiausaha DNC Alim Mideh (kanan) menuntut polis menjalankan siasatan segera kerana tulisan itu bukan sahaja menghasut tetapi juga boleh mencetuskan rusuhan kaum dan agama.

“Masyarakat Dayak sangat marah dengan kenyataan ini. Bagi mengelakkan insiden tidak diingini, bagi menjamin keharmonian kaum di tahap terbaik, polis harus menjalankan siasatan segera dan menghentikan kenyataan menghasut ini.

“Jika polis tidak bertindak, anggota masyarakat Dayak lain yang terlalu emosional mungkin meletakkan undang-undang di tangan mereka sendiri,” kata Alim. Malaysiakini
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger