Home » » Pak Lah Sudah Jadi Blogger...

Pak Lah Sudah Jadi Blogger...

Written By Unknown on 16/09/2014 | 3:11 pm

blog-paklah

Dari MyKMU :

Bekas Perdana Menteri kelima Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi memilih tanggal 16 September 2014 untuk melancarkan blog beliau menggunakan alama maya www.paklah.net dengan entri pertama mengenai “Erti Kemerdekaan dan Perpaduan”.

Bekas Perdana Menteri yang dianggap mengamalkan diplomasi “elegant silence” oleh bekas mentornya Tun Musa Hitam ketika berhadapan dengan kritikan Tun Mahathir dan rakyat sekitar 2005-2008, akhirnya memilih tarikh 16 September bagi mengakhiri kesenyapan ini.

Alamat maya “Pak Lah” diambil daripada panggilan “manja” rakyat Malaysia dan ahli UMNO ke atas Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum beliau menjadi tidak popular dan terpaksa melepaskan jawatan pada 2009.

Kehadiran Pak Lah melalui laman blog ini sangat mengejutkan setelah beliau telah lama mendiamkan diri dari arena politik negara. Lebih mengejutkan kerana suatu ketika dahulu blog dan portal politik menjadi musuh utama pentadbiran Abdullah sehingga menantu beliau Khairy Jamluddin yang ketika itu Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia dikatakan mengibaratkan juru blog sebagai “beruk yang menggoyang pokok.”

Kemunculan blog Pak Lah ini juga menimbulkan spekulasi terbaru mengenai politik dalam UMNO. Sebelum ini, bekas Perdana Menteri Keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad membuat kemunculannya melalui blog www.chedet.com (sekarang, www.chedet.cc) pada sekitar tahun 2006 yang kemudiannya menjadi “alat serangan politik” ke atas pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi.

Sudah tentu kemunculan blog Pak Lah ini akan diberi perhatian secara serius oleh Putrajaya dan PWTC sama ada ia sekadar blog pandangan seorang bekas pemimpin, atau akan menjadi satu lagi pentas opera politik untuk bekas pasukan Abdullah seperti Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Orang Islam, Melayu dan Ahli UMNO akan melihat dengan penuh minat dan curiga sama ada blog ini akan menjadi Pak Lah yang sebenar sebelum “dirosakkan” oleh pasukannya; atau akan menjadi Pak Lah era Perdana Menteri “elegant silence” yang hampir “menggadaikan” semua kepentingan orang Melayu dan Islam melalui polisi-polisi yang pro-liberalisme dan “new world order.”

Jika datuk beliau, Sheikh Abdullah Fahim memilih tarikh 31 Ogos sebagai tarikh kemerdekaan negara, Pak Lah memilih tarih 16 September sebagai tarikh menamatkan diplomasi “elegant silence”nya. Sama-sama kita nantikan hala tuju Pak Lah.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger