Home » » N01 Pengkalan Kubor : Jentera Syiah Bantu Calon Pas, Edar "Kopi Pengasih Beracun" Percuma

N01 Pengkalan Kubor : Jentera Syiah Bantu Calon Pas, Edar "Kopi Pengasih Beracun" Percuma

Written By Unknown on 16/09/2014 | 2:55 pm

Dari TV14 :

Penggemar kedai kopi di Pengkalan Kubor terkejut semalam bila sepasukan kumpulan berbaju hitam sedang mengedar bungkusan berwarna hijau dari kedai ke kedai di sekitar Pengkalan Kubor.

Bila ditanya kepada seorang pemilik gerai di Pengkalan Kubor, beliau menyatakan bahawa paket kopi itu ditinggalkan sebanyak 5 bungkus di kedainya pada jam 10 pagi oleh sekumpulan lelaki tiga orang yang berbaju hitam.

Mereka menaiki kereta MyVi berwarna merah. Selepas mereka makan nasi kukus di kedainya, kumpulan tiga orang lelaki terbabit terus beredar sambil meninggalkan 5 bungkus pakej kopi tersebut di atas meja.

Kopi berjenama “Mahkota Dewa” itu ada logo menyeru pengundi memangkah parti PAS. Namun logo parti PAS yang tertera adalah berwarna hitam. Ini bermakna kumpulan ini menyeru memangkah kumpulan Syiah dalam PAS.


Fenomena yang sama di Sungai Limau, bila ada bendera bendera hitam berlogo seperti PAS berkibaran semasa PRK Sungai Limau. Pakej kopi tersebut tiada tertera logo halal.

Jenama kopi keluaran Makhkota Dewa yang sebenar adalah seperti dalam gambar di atas sekali, jelas sekali tertera logo halal.

Amat merbahaya meminum kopi yang tiada logo halal. Ada kandungan kopi yang boleh membawa maut kepada peminumnya.

“Pemeriksaan mendapati serbuk kopi ini dipercayai mengandungi racun Sildenafil bagi kopi rangsang seks manakala Sibupralile dalam kopi pelangsing badan.

“Pengambilan racun ini sangat berbahaya, jika diambil secara berterusan dalam jangka masa panjang, ia boleh merosakkan hati,” kata Ketua Cawangan Penguat Kuasa Farmasi JKWPKL Adnan Salimin (baca sini).

Jika begitu apakah motif kumpulan lelaki berbaju hitam itu mengedar kopi berlogo PAS hitam di atas di Pengkalan Kubor? Apakah mereka ada niat tidak baik?

Warga penduduk Pengkalan Kubor harus menolak kopi percuma berlogo Syiah ini, ianya amat merbahaya. Rasuah pakej kopi percuma ini adalah satu teknik politik murahan.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger