Home » , » N01 Pengkalan Kubor ; Video Nik Aziz Bangga Tunjuk Tongkat Yang Dipakainya Ada Doa Khas Sami Buddha

N01 Pengkalan Kubor ; Video Nik Aziz Bangga Tunjuk Tongkat Yang Dipakainya Ada Doa Khas Sami Buddha

Written By Unknown on 13/09/2014 | 2:02 pm


Pendedahan berani yang dibuat oleh Nik Aziz di Wat Buddha, Prak Kru Vitidthamanat, 12 September 2014, di hadapan ketua ketua sami. Nik Aziz mengaku secara terbuka bahawa tongkat yang sering dibawanya adalah penuh dengan doa sami sami Buddha.

Nik Aziz berkata “saya tanya orang pandai dia kata ini doa daripada sami sami supaya tok guru sihat” di hadapan sami sami Siam.

Apakah pandangan Dewan Ulama PAS, Mufti, guru guru pondok dan ahli ahli agama di Malaysia dengan pendedahan berani Nik Aziz ini? 


Bolehkah seorang yang digelar Tok Guru bagi umat Islam di Kelantan menggunakan tongkat yang dipenuhi dengan doa doa sami Buddha? Apakah hukumnya?



Selain daripada itu, Nik Aziz turut berterima kasih kepada sami sami Buddha di wat tersebut kerana telah menyumbangkan derma terkumpul sejumlah RM70,000 untuk pembinaan lebuhraya rakyat di Kelantan.

Persoalannya, ke mana duit RM70,000 itu pergi? Lebuhraya Kelantan yang telah dirasmikan oleh Nik Aziz pada tahun 2012 masih belum siap siap lagi hingga kini. Papan tanda yang ditandatangani oleh Nik Aziz juga turut hilang. Apa yang tinggal hanyalah batu tempat perasmian sahaja.

Apa sebenarnya yang berlaku? 

Ke mana hilang duit sami sami Buddha tersebut. Bila disemak kembali, akaun yang membuat kutipan derma untuk projek lebuhraya tersebut rupanya dimasukkan ke dalam akaun milik sebuah syarikat yang turut dipunyai oleh Husam Musa (baca sini)

Patutlah Husam Musa tidak dilantik selepas itu sebagai Exco lagi, namun ke mana hilang duit RM70,000 yang diderma oleh sami sami Buddha itu? Masuk poket siapa?



Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger