Nibong Tebal - Gelagat seorang lelaki yang juga anggota kongsi gelap geng Pneh yang menggelabah ketika terserempak dengan anggota polis membongkar rahsia dirinya memiliki sepucuk pistol dan sejumlah 44 bulir peluru.
Terdahulu, lelaki berusia 27 tahun itu ditahan di hadapan sebuah pasar raya di sini, kira-kira jam 10 malam Selasa lalu, selepas gelagatnya itu menimbulkan rasa rasa curiga anggota polis yang mnnjalankan rondaan.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Superintendan Wan Hassan Wan Ahmad berkata, hasil soal siasat dilakukan lelaki berkenaan mengaku memilik senjata api dan sejumlah peluru.
Beliau berkata, susulan maklumai itu suspek membawa sepasukan polis ke lokasi pistol dan peluru berkenaan disembunyikan iaitu di sebuah bengkel milik bapanya di Jalan Besar Lintas Air pada hari yang sama.
"Lelaki berkenaan kemudian menunjukkan lokasi di mana dia menyembunyikan pistol dan peluru berkenaan iaitu dalam mangkuk minyak hitam sebuah lori.
"Pemeriksaan Ianjut dijalankan mendapati ia pistol jenis Mac, manakala 47 butir peluru 9 mm dan 3 peluru 45 auto," katanya pada sidang media di sini, semalam.
foto hiasan
Post a Comment