Home » » MH17 : Foto Jenazah Co-Pilot Selamat Dikebumikan Di Teluk Intan

MH17 : Foto Jenazah Co-Pilot Selamat Dikebumikan Di Teluk Intan

Written By Unknown on 02/09/2014 | 1:48 pm


Jenazah pembantu juruterbang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17, Muhamad Firdaus Abdul Rahim selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Daerah Hilir Perak di sini pada pukul 12 tengah hari.

Terdahulu, jenazah disembahyangkan di Masjid Al Naim, Taman Seri Setia di sini

Muhamad Firdaus Abdul Rahim merupakan pembantu juruterbang penerbangan MH17. Beliau adalah anak bongsu daripada lima beradik dan sepatutnya menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-27 pada 21 Julai. Beliau dilahirkan di Hospital Teluk Intan dan mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan Sultan Abdul Aziz dan Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Muda Musa sebelum berpindah ke Ipoh. Muhamad Firdaus mendirikan rumah tangga pada tahun lepas namun belum dikurniakan cahaya mata.

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger