Home » » Menteri Besar Selangor : Azmin Ali Tidak Dapat Restu?

Menteri Besar Selangor : Azmin Ali Tidak Dapat Restu?

Written By Unknown on 22/09/2014 | 4:32 pm




Suara.TV :

Shah Alam – Calon menteri besar Selangor yang baharu hanya akan diumumkan esok ‎sebelum majlis angkat sumpah di Istana Alam Shah, Klang, kata sumber.


Difahamkan, pengumuman yang sepatutnya dibuat hari ini ditunda esok‎ ekoran arahan daripada Istana Selangor.

Sumber memaklumkan, pra raptai angkat sumpah yang diadakan pagi tadi hanya melibatkan pegawai istana tanpa kehadiran menteri besar baharu atau pun mana-mana Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) lain.

Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Nik Nazmi Nik Ahmad yang ters‎erempak dengan wartawan di perkarangan istana memaklumkan kehadirannya di situ untuk urusan sidang DUN yang akan dijadualkan November depan.

Difahamkan juga, raptai penuh akan diadakan pada malam ini dengan kehadiran calon menteri besar baharu.

Sementara itu, sumber istana ketika ditemui berkata, surat makluman mengenai pelantikan menteri besar masih belum diambil individu terbabit‎.

Wartawan juga difahamkan, liputan majlis angkat sumpah esok hanya dihadkan ‎kepada media rasmi arus perdana sahaja.

Spekulasi bertiup kencang mengatakan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali akan mengangkat sumpah menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim esok.

Wartawan mengerumuni kediaman ‎Azmin di Taman Tun Abdul Razak (TAR), Ampang dan Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya sejak pagi tadi bagi mendapatkan pengesahan.

Sementara itu sumber SuaraTV mendakwa antara sebab penangguhan tersebut mungkin kerana Azmin masih belum mendapat restu dari pimpinan tertinggi PKR yang masih mengharapkan Presiden parti itu, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Malah beberapa pimpinan PKR pro-Wan Azizah turut dilihat mengeluarkan kenyataan menolak perlantikan Azmin atas alasan sokongan majoriti ADUN yang diperolehi sebelum ini.

Manakala Khalid yang akan menamatkan tugasnya hari ini akan mengadakan sidang media dan jamuan ringan di Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) di Shah Alam petang ini.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger