Home » , , » MB Selangor ; Hadi Awang Hanya Berani Di Rusila, Bukannya Di Ibu Pejabat PAS

MB Selangor ; Hadi Awang Hanya Berani Di Rusila, Bukannya Di Ibu Pejabat PAS

Written By Unknown on 07/09/2014 | 8:41 pm

Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat putuskan tidak tuntut jawatan MB Selangor


Aakj : 1 ) Kenapa Hadi Awang tidak bersuara selepas mesyuarat

2) Kenapa Mat Sabu yang beri kenyataan yang amat penting ini
3) Kalau sudah tolak untuk tidak menerima tawaran Menteri Besar Selangor, kenapa tidak awal-awal lagi maklumkan pada Istana Selangor
4) Siapa play safe di sini, Hadi atau Mat Sabu ditugas "gagalkan" calon Pas sebagai MB
5) Kalau Pas tolak untuk jadi MB, Pas akan terima Wan Azizah?

VIDEO : Hujah Hadi kenapa Wan Azizah Tidak Layak, klik d SINI


Baca apa yang terjadi hari ini ;

Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat hari ini memutuskan untuk kekal dengan pendirian mereka sebelum ini iaitu tidak menuntut kerusi menteri besar Selangor, kata Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali.

Mustafa berkata PAS juga memutuskan untuk menyerahkan kepada budi bicara Sultan Selangor bagi memutuskan nama menteri besar Selangor yang baharu.

Perkara ini dinyatakan beliau dalam sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut selepas mesyuarat itu hari ini.

Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat ketika tersebar berita presiden PAS menghantar tiga nama untuk calon MB Selangor termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang juga Exco daripada PAS, Iskandar Samad.

Ketika ditanya, apakah akan dilakukan oleh PAS jika istana menawarkan PAS jawatan itu, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata, "Kita tolaklah."

Ketika mengulas tindakan PAS meletakkan nama Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Samad, Mustafa pula berkata, ia tidak akan menjadi isu.

"Nama tak apa...Tuanku cuma minta cadangan. Nama tak jadi persoalan," kata Mustafa bagi mengulas kedudukan pencalonan Adun PAS itu.

Mustafa juga berkata, mesyuarat ini juga mengesahkan jawatan MB Selangor adalah hak PKR.

"PAS bersetuju jawatan menteri besar Selangor adalah ialah untuk PKR," kata Mustafa dalam sidang media yang dibuat selepas mesyuarat berlangsung lebih lima jam.

Ia bermula sejak jam 10 pagi tadi dan dipengerusikan oleh Timbalan Presiden, Mohamad Sabu.

Mustafa juga memaklumkan, keputusan itu dimaklumkan kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan beliau bersetuju dengannya.

Pada 2 September, PAS menghantar tiga nama yang terdiri daripada exco PAS Selangor untuk dipilih sebagai MB Selangor.

Namun pada 3 September, iaitu hari akhir yang ditetapkan Istana Selangor, sekali lagi surat dihantar oleh PAS. Kali ini dua Adun PKR dan satu Adun PAS dinamakan oleh PAS.

Surat itu dikatakan dihantar sendiri oleh Hadi ke Istana Selangor.

Ekoran terdedahnya berita ini, PKR dan DAP memberikan reaksi negatif kerana sebelum ini PAS sudah menegaskan beberapa kali hanya akan menghantar calon daripada PKR.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger