Home » » Mat Sabu Hanya Sokong Wan Azizah & Azmin Ali?

Mat Sabu Hanya Sokong Wan Azizah & Azmin Ali?

Written By Unknown on 05/09/2014 | 5:37 pm

Kemelut pemilihan Menteri Besar Selangor yang baru semakin menarik apabila laporan media menyebut PAS telah mengesahkan bahawa ada menghantar nama seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari PAS untuk jawatan berkenaan.

Laporan laman web Harakahdaily, memetik Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali mengesahkan perkara itu.

Lebih mengusutkan apabila Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dilaporkan pelbagai media online bahawa beliau tidak tahu menahu ada nama ADUN PAS yang dihantar sebagai calon kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

“Saya (Mat Sabu) tegaskan sekali lagi berdasarkan mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pada 17hb Ogos bahawa senarai calon yang sebulat suara diputuskan oleh ahli Pimpinan Pusat yang dipengerusikan Presiden parti ialah pertama Dr. Wan Azizah dan kedua Azmin Ali,” katanya dalam kenyataan media yang dipetik Selangor Press hari ini.

Mustafa berkata, PAS menyerahkan nama dua ADUN dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan satu nama ADUN PAS kepada pihak istana sebagai calon untuk menggantikan Menteri Besar ketika ini Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau bagaimana tidak menyebut nama ketiga-tiga ADUN berkenaan.

“Buat masa ini nama tu biarlah dulu,” Mustafa dipetik sebagai berkata oleh Harakahdaily.

Katanya, senarai nama itu dihantar terus oleh Pejabat Presiden PAS kepada Istana Selangor.

Mustafa berkata, PAS menghantar tiga nama kerana pihak Istana Selangor telah menitahkan supaya menghantar lebih daripada dua nama.

“Jadi lebih daripada dua nama, sekurang-kurangnya tiga,” katanya.

Sebelum ini, The Malaysian Insider melaporkan Mustafa menafikan PAS menghantar nama tiga Adunnya kepada istana sebagai calon menteri besar Selangor yang baharu.

Ada laporan akhbar tempatan hari ini melaporkan PAS menghantar tiga nama iaitu Dr Wan Azizah, Azmin dan nama Iskandar sebagai calon. –MYNEWSHUB

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger