Home » » Ketum Diwarta Bawah Akta Dadah Berbahaya

Ketum Diwarta Bawah Akta Dadah Berbahaya

Written By Unknown on 05/09/2014 | 5:32 pm

Kementerian Dalam Negeri akan mewartakan penyalahgunaan daun ketum di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952, kata Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, penguatkuasaan terhadap penyalahgunaan daun ketum akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat oleh pasukan polis dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan.

“Sehubungan itu penanaman pokok ketum, memproses daun ketum menjadi air dan pengedaran bahan ketum adalah menjadi kesalahan yang akan dibanteras,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau yang juga naib presiden Umno merasmikan mesyuarat perwakilan Umno bahagian Kubang Pasu.

Penyalahgunaan daun ketum sebelum ini diletakkan di bawah Akta Racun 1952.

Sementara itu Ahmad Zahid berkata, kerajaan bercadang untuk membina pagar berelektronik di kawasan sempadan negara termasuk di Sabah dan Sarawak bagi mengelak kegiatan penyeludupan.

Beliau berkata pagar sempadan sedia ada didapati rosak akibat perbuatan penyeludup menyeludup keluar barangan bersubsidi dan menyeludup masuk dadah.

“Hampir RM5.2 bilion barangan bersubsidi seperti diesel dan petrol diseludup keluar ke negara jiran dan ia amat merugikan kerajaan,” katanya. – BERNAMA

Mynewshub

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger