Home » » Ketua Menteri Miliki 28kg Emas & 10,000 Pasang Kasut

Ketua Menteri Miliki 28kg Emas & 10,000 Pasang Kasut

Written By Unknown on 27/09/2014 | 9:35 pm

NEW DELHI: Mahkamah India hari ini menjatuhkan hukuman bersalah kepada bekas bintang filem yang kini menjawat jawatan Ketua Menteri negeri Tamil Nadu, Jayalalithaa Jayaram atas kesalahan mengumpul kekayaan melebihi dari kemampuannya.

Sekaligus mengakhiri perbicaraan yang telah berlarutan lebih dua dekad lamanya itu.

“Hakim telah mendapati Jayalalithaa bersalah mengumpul kekayaan yang tidak memadai dengan sumber pendapatannya,” pendakwaraya G. Bhavani Singh memberitahu wartawan di luar mahkamah sejurus keputusan dijatuhkan.

Jayalalithaa didakwa pada 1997 kerana memiliki kekayaan dengan cara haram di mana pihak polis turut merampas lebih 28 kilogram emas dan 10,000 pasang kain sari.

Dia juga menerima jolokan 'Imelda Marcos' kerana memilik lebih 750 pasang sepatu.

Aset tertuduh pula merangkumi dua hartanah dengan keluasan melebihi 1,000 ekar persegi, kekayaan yang jauh dari sumber pendapatannya sebagai Ketua Menteri ketika tempoh dia memerintah dari tahun 1991 hingga 1996.

- Sumber: Agensi

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger