Home » » Hudud Terpakai Untuk Islam & Bukan Islam

Hudud Terpakai Untuk Islam & Bukan Islam

Written By Unknown on 27/09/2014 | 9:38 pm


KUALA LUMPUR: Dewan Perwakilan Rakyat Aceh awal hari ini sebulat suara mengesahkan undang-undang jenayah Islam yang turut terpakai ke atas orang bukan Islam, lapor BBC Indonesia.

Undang-undang yang dinamakan Kanun Jenayah itu diluluskan dalam sidang khas yang bermula pada Jumaat malam dan berlarutan sehingga pukul 4 pagi Sabtu waktu Malaysia.

Sidang itu disertai oleh tidak sampai separuh daripada keseluruhan 69 orang wakil rakyat. Namun semua wakil empat fraksi yang menganggotai dewan perundangan itu dalam ucapan mereka menyatakan sokongan padu.

Jurucakap Fraksi Partai Aceh, Muhammad Harun yang membaca pandangan akhir pihaknya berkata parti itu setuju dan sepakat agar rang undang-undang itu diluluskan.

"Undang-undang jenayah merupakan sebahagian daripada pelaksanaan syariat Islam di Aceh. Kanun ini sangat dinanti-nantikan oleh rakyat Aceh yang menginginkan tegaknya syariat Islam secara kaffah (menyeluruh) di bumi Serambi Mekkah,” katanya seperti dipetik oleh BBC Indonesia.

Sementara itu, wakil ‎Fraksi Partai Keadilan Sejahtera, Moharriadi berkata walaupun kanun itu terpakai ke atas orang bukan Islam, mereka "bebas memilih secara sukarela" sama ada mahu tertakluk atau tidak di bawah undang-undang tersebut.

Kanun Jenayah itu menggariskan kesalahan yang dikenakan hukuman hudud termasuk hubungan seks sesama jenis dan liwat.

Undang-undang itu menetapkan hukuman termasuk sebat, denda dibayar mengikut sukatan gram emas, dan penjara.

Pemimpin masyarakat Cina dalam reaksi sebelum ini berharap pelaksanaan syariah di Aceh tidak sampai memaksa wanita bukan Islam memakai tudung.

“Janganlah sampai ada pemberlakuan jilbab untuk non-Muslim. Ini sudah sangat asasi,” kata Ketua Umum Hakka Aceh, Kho Khie Siong seperti dipetik olehTempo.co pada Khamis.

Kanun Jenayah itu tidak memperuntukkan tatacara berpakaian, manakala undang-undang mengenai tatacara berpakaian juga tidak menyentuh soal berpakaian orang bukan Islam.

Dalam pada itu, aktivis hak asasi manusia di Aceh mempersoalkan kewajaran pelaksanaan hukum syariat Islam ke atas orang bukan Islam dan menyifatkannya sebagai aneh.

Pengarah Koalisi NGO Hak Asasi Manusia Aceh, Zulfikar Muhammad berkata pada prinsipnya tujuan penghukuman dalam Islam adalah untuk mengajak orang bertaubat atau kembali ke jalan Allah.

“Tidak mungkin kita memaksa non-Muslim bertaubat sesuai kepercayaan kita (Islam). Mereka punya cara bertaubat sendiri sesuai ajarannya,” kata Zulfikar.

Beliau juga menekankan hukum jenayah Islam bertujuan untuk mendidik dan mencegah masyarakat daripada melakukan maksiat, katanya.

- Sumber: Astro Awani

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger