Home » , » Johor ; Foto Pasangan Lesbian Pelajar IPTA & Alat Seks Mereka

Johor ; Foto Pasangan Lesbian Pelajar IPTA & Alat Seks Mereka

Written By Azmy Klanajaya on 02/09/2014 | 12:45 am



Johor Bahru: Dua penuntut institut pengajian tinggi awam (IPTA) berusia awal 20an disyaki pasangan Iesbian ditangkap pihak berkuasa selepas penemuan alat perangsang s#ks bentuk kemaIuan lelaki dalam serbuan ke atas sebuah hotel bajet di Johor Jaya Johor, awal pagi tadi.

Dalam serbuan yang dilakukan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) kira-kira 2 pagi itu, dua penuntut terbabit yang menuntut di Pulau Pinang dan Pasir Gudang, di sini mendakwa alat berkenaan baru dibeli secara dalam talian (online).

Ketika ditahan keduanya berada dalam keadaaan terpinga-pinga dan mendakwa alat suIit berkenaan baru sampai selain belum lagi 'merasainya'.



Pasangan lesbian itu tergamam selepas bilik hotel mereka diserbu penguatkuasa agama

Namun akibat ketakutan dan risau selepas disoal oleh pegawai peguatkuasa, salah seorang daripadanya mengakui, dia mengambil penerbangan dari Kuala Lumpur untuk bertemu kakaknya yang juga berperanan sebagai 'suami' atas ranjangg.

Mereka ditahan di bawah Seksyen 26 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Johor 1997 kerana melakukan muhasaqah dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tiga tahun atau denda sehingga RM5,000 atau keduanya sekali.

Dalam operasi yang turut dijalankan di sekitar Ulu Tiram, Taman Desa Cemerlang itu, tujuh pasangan lain berjaya ditangkap termasuk guru tahfiz, pengurus sebuah syarikat swasta, jururawat dan anggota tentera.

Operasi yang bermula sejak 11 malam itu selesai kira-kira 3.30 pagi tadi. -Hmetro
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger