Home » » Hadi Awang Layak Jadi PM Walaupun Sehari - Husam

Hadi Awang Layak Jadi PM Walaupun Sehari - Husam

Written By Unknown on 28/09/2014 | 11:16 am



Aakj ; Husam ni nak mula bodek Hadi Awang atau saja nak sindir Hadi? Anwar nak campak kemana..?? atau sengaja nak keruhkan lagi dengan Pas agar team Anwarinas makin benci kat Hadi dan ada suara mula nak Hadi turun..kerana terlalu lama dok kerusi dan prestasi Hadi makin teruk !!

kah kah kah..pegang Terengganu sepenggal habis jahanam negeri dibuat Hadi Awang....pui la wey!

Baca apa kata Husam Kambing ;


Husam Musa menegaskan setiap ahli parti itu perlu bercita-cita memastikan Presiden mereka, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan menjadi Perdana Menteri satu hari nanti.

Husam berkata perkara tersebut perlu menjadi keutamaan ahli PAS jika mahu parti itu menguasai Putrajaya bersama Pakatan Rakyat.

"Menjadi cita-cita sejak menyertai PAS, saya nak tengok Abdul Hadi Awang jadi Perdana Menteri sebelum dia mati, walaupun cuma satu hari," katanya ketika menyampaikan ucapan pergulungan di Muktamar Tahunan PAS ke-59 di Stadium Melawati, di sini, hari ini.

Katanya ungkapan-ungkapan negatif yang boleh melemahkan parti sepatutnya tidak dikeluarkan oleh pemimpin dan ahli PAS disemua peringkat.

"Kata-kata yang berbunyi PAS akan tinggalkan Islam di pagar Putrajaya jika memerintah negara tidak sepatutnya diucapkan.

"Kita sepatutnya susun dan lumatkan strategi untuk memastikan kemenangan diperolehi," katanya.

Dalam ucapannya juga Husam menafikan dakwaan bahawa PAS menjadi boneka dalam Pakatan Rakyat.

Pada Sabtu, perwakilan Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad dalam perbahasan ucapan dasar presiden menyatakan kebimbangan jika PAS meninggalkan perjuangan dakwah Islamiah jika menguasai Putrajaya satu hari nanti.

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger