Home » » Foto Artis Bunuh Suami Kerana Di Paksa Berlakon Filem Lucah

Foto Artis Bunuh Suami Kerana Di Paksa Berlakon Filem Lucah

Written By Unknown on 09/09/2014 | 1:34 am


SEORANG aktres naik berang sehingga membunuh suaminya yang memaksa dia untuk berlakon dalam filem lucah bagi menjelaskan hutang perniagaan, lapor Makkal Osai.

Aktres Shruti Chandralekha,22, dari Bangalore ditahan kerana membunuh suaminya, Peter Prinzo,35.

Menurut akhbar tersebut, selain Chandralekha yang merupakan pelakon beberapa filem Tamil dan Kannada, polis turut menahan dua orang disyaki bersubahat dengan kes pembunuhan ini pada Januari lalu.

Mereka menanam mayat itu di Palayamkottai di daerah Tirunelveli.

Dilaporkan bahawa Prinzo telah meminjam wang dengan kawannya untuk memulakan perniagaan secara online.

Bagaimana pun perniagaannya itu gagal dan dia berada dalam tekanan seterusnya memaksa Chandralekha berlakon dalam filem lucah.

Pihak polis membuat tangkapan sejurus abang mangsa membuat laporan mengenai kehilangannya.

Sumber: mstar.com.my
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger